Berita Harian

City terus yakini Guardiola

Pengerusi kelab jangka lebih banyak kejayaan dikecapi selepas ini

-

Pengerusi Manchester City yakin kelab itu akan mencapai kejayaan lebih gemilang di bawah kendalian Pep Guardiola walaupun baru saja mencipta rekod liga.

City muncul juara Liga Perdana Inggeris (EPL) pertama meraih 100 mata dan memenangin­ya dengan meninggalk­an jauh pencabar terdekat, Manchester United dengan 19 mata di tempat kedua.

Selepas Guardiola menandatan­gani kontrak baharu, Pengerusi City, Khaldoon Al Mubarak menjangkak­an lebih banyak kejayaan dicapai di bawah kendalian pengurus Catalan itu.

“Harapan saya dan pengurusan termasuk Pep sudah pasti kami mahu pasukan teruskan rentak cemerlang. Tak boleh terhenti setakat ini,” kata Khaldoon kepada City TV.

Lebih agresif

“Kami mempunyai jurulatih atau pengurus. Tidak ada perkataan relaks. Itu jaminan saya. Kami akan kembali dengan lebih agresif dan terus gemilang.

City menjuarai tiga kejuaraan liga sejak Abu Dhabi United Group yang dimiliki Sheikh Mansour mengambil alih kelab pada 2008

Bagaimanap­un, mereka gagal menjuarain­ya dua tahun berturut-turut dan Liga Juara-juara masih lagi menghantui pasukan itu.

Khaldoon berkata: “Kami bekerja keras sejak beberapa tahun lalu untuk membangunk­an kelab ini, bukan sahaja musim ini malah untuk musim akan datang. Ini adalah skuad muda dengan kebanyakan pemain berbakat kami berusia di bawah 26 tahun.”

Katanya, kontrak baru dua tahun Guardiola yang juga bekas pengurus Barcelona dan Bayern Munich memastikan dia kekal di Eastlands sehingga 2020/21.

“Pep sangat gembira menjadi sebahagian daripada kelab ini. Kami bersemuka, bersalaman dan teruja meneruskan perjalanan ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia