Berita Harian

Skuad negara keempat, Farah terbaik

- Oleh Jugjet Singh

Kuala Lumpur: Skuad hoki wanita negara menamatkan saingan di tempat keempat Trofi Juara-juara Asia (ACT) yang berakhir di Donghae, Korea Selatan, kelmarin, manakala Farah Ayuni Yahya dinobatkan sebagai penjaga gol terbaik.

Anugerah itu adalah yang kedua berturut-turut buat Farah apabila turut dinobatkan sebagai penjaga gol terbaik di ACT Singapura dua tahun lalu meskipun ketika itu Malaysia menamatkan aksi di kedudukan terakhir daripada lima pasukan mengambil bahagian.

Farah yang juga anggota polis memainkan peranan penting kebangkita­n skuad negara dan menjadi tumpuan apabila menjadi nadi utama kemenangan 21 ke atas pasukan yang menduduki ranking lebih tinggi, Itali dalam penentuan penalti seterusnya mengiringi Ireland layak ke Separuh Akhir Liga Hoki Dunia pada Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia di Kuala Lumpur.

Malaysia ketika itu mengikat Itali 2-2 dan kejayaan Farah menyelamat­kan penalti cukup bermakna untuk membawa negara buat pertama kali ke pentas Separuh Akhir Liga Hoki Dunia.

Jurulatih skuad negara Dhaarma Raj Abdullah dijangka sekali lagi akan mempertaru­hkan Farah untuk mengawal gawang gol negara apabila turun beraksi di Sukan Asia Jakarta Ogos ini.

Aset utama

“Dia sentiasa menjadi aset utama negara di setiap kejohanan kerana menyelamat­kan gawang gol seterusnya memberi motivasi kepada seluruh pasukan.

“Pada Sukan Asia di Jakarta kami masih memerlukan khidmatnya untuk melakarkan kejutan menewaskan pasukan yang mempunyai ranking lebih tinggi.

“Konfederas­i Hoki Malaysia (MHC) meletakkan sasaran pingat gangsa di Jakarta dan saya yakin pemain mampu melakukann­ya. Kami akan berusaha merebut peluang dan akan cuba untuk mendapatka­n pingat,” katanya.

Persekutua­n Hoki Asia (AHF) bagaimanap­un masih belum lagi mengumumka­n jadual perlawanan namun 10 pasukan akan dibahagika­n kepada dua kumpulan di Sukan Asia nanti.

10 pasukan yang beraksi iaitu Indonesia, Malaysia, Korea Selatan, Jepun, China, India, Thailand, Hong Kong, Taiwan dan Kazahkstan.

Di atas kertas Malaysia tidak mempunyai masalah apabila turun menentang Indonesia, Hong Kong, Taiwan dan Kazakhstan berdasarka­n persembaha­n di ACT di mana mereka menewaskan Jepun 3-2, tewas kepada China (1-3), Korea Selatan (1-3) dan India (3-2) dalam aksi peringkat kumpulan.

Pada aksi penentuan pingat gangsa China hanya mampu meraih kemenangan 2-0.

 ??  ?? Farah Ayuni Yahya
Farah Ayuni Yahya

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia