Berita Harian

Misi penting Tchetche layan Perak

-

Kuala Terengganu: Dua misi penting menjadi buruan kapten Terengganu FC (TFC), Kipre Tchetche apabila melayani kunjungan Perak di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam ini.

Penyerang kelahiran Ivory Coast itu berkata, setiap pemain pasti mempunyai misi tersendiri sama ada misi peribadi mahupun bersama pasukan.

“Bagi saya sebagai kapten, ialah mahu pastikan tiga mata menjadi milik skuad Penyu sekali gus mengintai kedudukan lebih selesa dalam carta liga.

“Misi kedua pula mahu menebus kehampaan tewas 2-3 dalam pusingan pertama di gelanggang lawan pada 6 Mei lalu yang masih terasa. Dalam perlawanan itu saya baharu saja beraksi semula selepas kembali pulih daripada kecederaan,” kata Tchetche.

Masalah kecederaan, penggantun­gan

Sementara itu, tugas Perak bertambah sukar bagi menghadapi TFC apabila berdepan masalah kecederaan dan penggantun­gan beberapa pemain utama.

Dua pemain yang pasti tidak dapat diturunkan ialah bek kanan, Amirul Azhan Adnan akibat penggantun­gan dan penyerang utama, Gilmar Jose Da Silva kerana kecederaan manakala, kedudukan kapten, Nasir Basharuddi­n dan bek kiri, Nazirul Naim Che Hashim, juga masih samar-samar kerana masalah serupa.

Jurulatih Mehmet Durakovic bagaimanap­un berkata, kecederaan Nasir dan Nazirul hanya kecil dan berharap mereka mampu beraksi.

“Agak malang ketika saya memerlukan barisan terkuat, ini pula terjadi. Kami akan terasa ketiadaan Gilmar dan Azhan,” katanya.

Jurulatih itu bagaimanap­un berkata, kekosongan itu memberi peluang kepada pemain lain untuk diturunkan dan membuktika­n kemampuan mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia