Berita Harian

Cruz, Amutu sandaran Pahang

Dollah yakin kecewakan Kedah, lawan kempunan khidmat Rangel

- Oleh Asrol Awang dan Izzali Ismail

Gandingan Patrick Cruz dan Austin Amutu menjadi sandaran utama skuad Pahang apabila bertemu Kedah di Stadium Darul Aman, malam ini.

Pengendali Tok Gajah, Dollah Salleh, berkata kehadiran Amutu menggantik­an Francis Forkey Doe yang mengalami kecederaan serius dapat menambah bisa di bahagian serangan skuad itu.

“Sudah pasti saya mahu lihat gandingan dua penyerang import ini memberi impak besar terutama berkaitan persefaham­an dan kemampuan mereka merobek gawang lawan.

“Pada masa sama, Issey Nakajima yang turun buat kali pertama dalam pasukan ini diyakini memberi lebih kekuatan di bahagian tengah, sekali gus membantu Cruz dan Amutu.

Lonjak prestasi

“Dengan kehadiran dua pemain baharu dalam pasukan, saya percaya skuad Tok Gajah kembali bersedia melonjakka­n prestasi untuk meraih kejayaan membanggak­an musim ini,” katanya.

Sementara itu, hasrat Kedah untuk menggunaka­n khidmat penyerang, Paulo Rangel terpaksa ditangguhk­an selepas kelabnya, Nakhon Ratchasima FC hanya sedia melepaskan­nya selepas 27 Mei ini.

Sumber memberitah­u Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) hanya boleh mendapatka­n pemain itu selepas aksi terakhir di Thailand pada 26 Mei.

“Tempoh lanjutan ini meresahkan Kedah kerana kita tahu tempoh perpindaha­n akan ditutup pada 3 Jun depan dan pelepasan di saat akhir (selepas 27 Mei) nanti boleh mengundang risiko dari segi tempoh masa pendaftara­n di pihak kita.

“Kita difahamkan tempoh liga untuk pusingan pertama di Thailand adalah sehingga hujung bulan ini dan di pihak kita pula terpaksa mengejar masa kerana proses pendaftara­n pemain pada jendela perpindaha­n di Malaysia akan tamat pada 3 Jun,” katanya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia