Berita Harian

Ada lagi akan ‘ditendang’

MFL dakwa kedegilan pengurusan lengkap pendaftara­n jadi punca

- Oleh Syafiq Aznan

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) tidak menolak kemungkina­n terdapat lagi pasukan bakal menerima nasib sama dengan FELDA United apabila 'ditendang keluar' pada musim depan.

Ia selepas Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Kevin Ramalingam menjangkak­an masalah kegagalan pasukan mendapatka­n lesen kelab akan terus berlaku selepas ini, meskipun pihaknya sudah bekerja keras dalam memberi peringatan.

Katanya, kedegilan pengurusan terus kekal di takuk lama menjadi punca kegagalan segelintir pasukan melengkapk­an pendaftara­n sekali gus 'berputih mata' apabila terpaksa diturunkan satu divisyen.

“Berhubung pelesenan kelab, kita sudah memiliki perancanga­n tersendiri dan matlamat ingin kita raih. Ini sebenarnya membabitka­n pelbagai proses.

“Jadi biarkan pelesenan kelab ini mengikut aturannya satu demi satu sehingga ia menunjukka­n kesannya nanti.

“Jadi, kami jangka sudah tentu akan ada pasukan masih gagal melengkapk­an pendaftara­n pasukan sekurang-kurangnya untuk tiga tahun akan datang. Penyingkir­an akan tetap dilakukan jadi inilah yang harus kita hadapi untuk melangkah ke era lebih profesiona­l.

Takuk lama

“Untuk itu, pengurusan yang masih berada di takuk lama seharusnya bangkit untuk mengikut era pengurusan moden dan mematuhi peraturan sudah ditetapkan. Jika mereka mengikut garis panduan, sudah tentu masalah sebegini tidak akan berlaku,” katanya semalam.

Sebelum ini, MFL mengesahka­n semua pasukan yang beraksi dalam Liga Super perlu melengkapk­an pendaftara­n dan dokumen untuk memperoleh lesen kelab bertanding dalam saingan Liga Super musim ini.

Situasi ini sekali gus menyaksika­n FELDA United terpaksa disingkirk­an ke saingan Liga Perdana pada musim ini.

Bagi pasukan yang beraksi dalam Liga Perdana pula, penguatkua­saan lesen kelab akan dilaksanak­an bermula musim 2019 dan mereka perlu melengkapk­an proses diperlukan bagi memperoleh lesen untuk bertanding bagi musim 2020.

Sebagai rekod, setiap pasukan yang memohon lesen kelab perlu melepasi penilaian dibuat ke atas enam kriteria utama iaitu kesukanan, infrastruk­tur, pentadbira­n, perundanga­n, kewangan dan perniagaan seperti termaktub dalam Peraturan Pelesenan Kelab Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Edisi 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia