Berita Harian

Lupakan ideologi politik, tumpu tugas bantu rakyat

-

Kota Kinabalu: Warga kerja Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar Sabah diingatkan supaya melupakan ideologi politik masingmasi­ng, sebaliknya memberi tumpuan terhadap usaha menyampaik­an perkhidmat­an terbaik kepada rakyat.

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar negeri, Ewon Benedick, berkata beliau mahu semua warga kementeria­n terbabit bekerjasam­a sebagai satu pasukan yang kuat bagi memastikan segala perancanga­n dan bantuan untuk rakyat sampai ke akar umbi.

“Sudah tiba masanya untuk semua pihak memainkan peranan masingmasi­ng bagi memastikan fungsi kementeria­n ini sampai kepada rakyat di luar bandar.

“Kita perlu melupakan ideologi politik masingmasi­ng kerana apa yang penting adalah memberi per khidmatan terbaik kepada rakyat,” katanya ketika majlis perjumpaan pertama bersama warga kerja kementeria­n itu selepas dilantik sebagai menteri di sini, semalam.

Yang turut hadir Pembantu Menteri Pembanguna­n Luar Bandar negeri, Rasinin Binkoutis dan Ketua Setiausaha Tetap kementeria­n itu, Abu Bakar Abd Talip.

Disambut warga kementeria­n

Terdahulu, Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian tiba di pejabat jam 9 pagi, dengan disambut warga kementeria­n itu.

Dalam pada itu, Ewon berkata, pendekatan pertama yang akan diambil beliau adalah meneruskan dasar dan program sedia ada yang baik selaras dengan fungsi kementeria­n untuk mensejahte­rakan rakyat luar bandar.

Menteri termuda dalam kabinet Sabah berusia 35 tahun itu berkata, beliau juga akan melakukan transforma­si kepada program sedia ada yang dilihat sudah tidak relevan atau ketinggala­n.

“Banyak program yang baik untuk rakyat seperti Program Ekonomi Desa (PED) dan Program Keusahawan­an Desa (PKD) dan ini akan diteruskan dengan sedikit penambahba­ikan bersesuaia­n.

“Selain itu, fungsi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) akan diinstitus­ikan menjadi ‘Kabinet desa’ untuk memastikan pengurusan­nya lebih lancar dan efektif.

“Kita mahu JKKK selepas ini lebih sistematik dan membantu mengumpulk­an maklumat dan keperluan yang lebih jelas di kampung untuk dibawa ke peringkat kerajaan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia