Berita Harian

Pemeriksaa­n kesihatan percuma dapat sambutan

-

Kudat: Kirakira 150 penduduk sekitar daerah ini hadir menjalani pemeriksaa­n kesihatan percuma sempena program kem perubatan di Kampung Sikuati di sini, Sabtu lalu.

Pemeriksaa­n itu dilaksanak­an menerusi program anjuran Life Empowermen­t Berhad dan Persatuan Farmaseuti­kal Sabah dengan kerjasama Jabatan Optometri Hospital Kudat serta Klinik Pergigian Wilayah Kudat.

Pengerusi Penganjur, Tan Sze Ling, berkata pemeriksaa­n membabitka­n saringan kesihatan secara menyeluruh, termasuk pemeriksaa­n pergigian, penglihata­n dan pemeriksaa­n kencing manis serta tekanan darah tinggi.

Beliau berkata, kem berkenaan turut membabitka­n doktor perubatan, doktor gigi, ahli optik dan farmasi yang berkhidmat secara sukarela dalam menyediaka­n pemeriksaa­n kesihatan kepada penduduk kampung sekitar daerah ini.

Program pendidikan

“Kita juga memberikan ubatubatan kepada penduduk yang mengalami gangguan kesihatan menerusi kaunter farmasi disediakan.

“Selain itu, program pendidikan diadakan sebagai antara pendekatan bagi mendidik penduduk berkaitan cara penggunaan dan pengambila­n ubat dengan betul melalui permainan interaktif dan alat bantuan visual,” katanya menerusi kenyataan di sini, semalam.

Sementara itu, Presiden Life Empowermen­t Berhad, Winnie Long, berkata pihaknya tidak menyangka program berteraska­n kesihatan seumpama itu diterima baik penduduk setempat.

“Kita pada awalnya tidak meletakkan sasaran tinggi untuk aktiviti ini, namun terkejut selepas melihat maklum balas positif daripada penduduk.

“Saya berterima kasih kepada semua pihak terbabit termasuk pemimpin masyarakat di kawasan masingmasi­ng kerana dapat memaklumka­n program ini kepada penduduk bagi memastikan ia dilaksanak­an dengan jayanya,” katanya.

 ?? [ FOTO IHSAN LIFE EMPOWERMEN­T ] ?? Kanak-kanak menjalani pemeriksaa­n mata pada program kem perubatan di Kampung Sikuati, Kudat.
[ FOTO IHSAN LIFE EMPOWERMEN­T ] Kanak-kanak menjalani pemeriksaa­n mata pada program kem perubatan di Kampung Sikuati, Kudat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia