Berita Harian

Serap GST bantu ringankan rakyat

Pasar raya Daesco buat keputusan selepas dapat 5,000 ‘like’

- Oleh Harun Yahya cnews@nstp.com.my

Sebuah pasar raya di sini, mengambil inisiatif menyerap Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) bagi setiap produk dijualnya bermula semalam, bagi meringanka­n kos sara hidup rakyat.

Difahamkan, tindakan diambil selepas pihak itu berjaya menerima 5,000 ‚like‘ daripada pengguna Facebook selepas memuat naik status yang menyatakan kesediaan untuk menyerap GST dalam semua produk jualan.

Pengurus Esekutif Daesco, Lau Khian Chung, berkata pihaknya memuat naik status itu pada jam 10 pagi semalam dan tidak menyangka ia tular, seterusnya menerima jumlah ‚like‘ yang disasarkan dalam tempoh kurang 24 jam.

Harga lebih murah

“Mulanya, kita hanya mahu melihat reaksi masyarakat terhadap status yang dimuat naik itu. Memang tidak sangka, sasaran kita tercapai dalam tempoh singkat dan ia isyarat jelas yang pengguna dibebani dengan GST.

“Jadi, kami ambil keputusan melaksanak­annya mulai hari ini (semalam) dan berharap dengan langkah menyerap kadar cukai ini dapat membantu orang ramai, khususnya mereka yang meraikan Hari Gawai tidak lama lagi.

“Kita harap pengguna dapat berbelanja barang keperluan mereka dengan harga lebih murah,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Bagaimanap­un, beliau menjelaska­n inisiatif itu hanya membabitka­n Pasar raya Daesco dan tidak membabitka­n penyewa lot kedai lain di premis berkenaan.

“Keseluruha­nnya, kita men jangka pasar raya ini akan menanggung kirakira RM100,000 nilai cukai GST sepanjang 11 hari sehingga kadar GST secara rasminya turun ke kadar kosong peratus berkuat kuasa 1 Jun nanti,” katanya.

 ?? [ FOTO HARUN YAHYA ] ?? Kain rentang
GST 0% digantung dihadapan Pasar Raya Daesco di Sibu.
[ FOTO HARUN YAHYA ] Kain rentang GST 0% digantung dihadapan Pasar Raya Daesco di Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia