Berita Harian

Lemah gemalai, senyuman mempesona ciri Unduk Ngadau

-

Tuaran: Gaya berjalan perlahan dan lemah gemalai, rambut bersanggul, manakala wajah disolek sesuai dengan pakaian tradisi mengikut suku kaum Kadazandus­un, Murut dan Rungus (KDMR).

Apatah lagi senyuman mena mata cukup mempesonak­an pengun

24 peserta berentap dalam Pertanding­an Unduk Ngadau atau ratu Kaamatan peringkat daerah di Dewan Masyarakat Kiulu di sini, kelmarin.

Acara itu sentiasa menjadi debaran buat gadis KDMR di seluruh daerah ini kerana itulah peluang mereka mempamerka­n kecantikan dengan membawa semangat Huminodun, iaitu kisah legenda gadis Kadazandu sun yang dikorbanka­n untuk menyuburka­n tanaman padi.

Ini diakui peserta mewakili Tamparuli, Helen Leong Siau Phing, 18, yang pertama kali bertanding dan mengambil masa dua bulan untuk berlatih dan memahami konsep Unduk Ngadau.

Helen berkata, tempoh dua bulan digunakan sepenuhnya untuk berlatih cara berjalan seperti seorang Unduk Ngadau sehingga mahir termasuk cara menjawab soalan.

“Selain membaca kisah legenda Huminodun, saya menggunaka­n sepenuhnya masa beberapa bulan ini menjaga pemakanan, dengan hanya mengambil kuantiti makanan yang banyak ketika sarapan dan makan tengah hari, manakala pada sebelah malam dalam kuantiti sedikit.

“Saya juga memastikan masa tidur mencukupi selain cukup rehat,” katanya yang bekerja sebagai perunding kecantikan.

Pertanding­an Unduk Ngadau Peringkat Daerah Tuaran dihadiri lebih 1,000 pengunjung yang dirasmikan Pegawai Daerah Tuaran merangkap pengerusi penganjur, Sofian Alfian Nair.

Peserta Unduk Ngadau mewakili Kiulu, Gwendoline Ng Siaw Ching, 19, pula berkata, tiada petua tertentu diamalkan kecuali sentiasa memastikan kesihatan terjaga dan bersemanga­t.

“Kirakira sebulan sebelum pertanding­an, saya mula mengamalka­n minum air suam, tidak tidur lewat dan makan makanan berkhasiat­agar tidak mudah terdedah kepada penyakit.

“Ini adalah kali kedua saya menyertai pertanding­an ini selepas gagal pada peringkat zon tahun lalu dan kini saya membuat persediaan lebih rapi selepas dilatih oleh keluarga sendiri,” katanya.

Mesra disapa Gwen, dia mengakui menang atau kalah bukan keutamaan, namun usaha sedaya upaya untuk berentap kerana semua peserta juga mempunyai saingan yang tinggi.

Pemenang peringkat daerah akan dipilih ke peringkat negeri sempena Pesta Kaamatan yang mana bukan hanya dipilih berdasarka­n kecantikan, malah mahir, berilmu dan berdisipli­n tinggi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia