Berita Harian

Hilang kediaman sekelip mata

Tujuh sekeluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah terbakar

- Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque

Tujuh sekeluarga hilang tempat tinggal selepas kediaman mereka di Kampung Buluh Balui, Batu Danau di sini, musnah dalam kebakaran, semalam.

Kejadian disedari jam 7.30 pagi oleh seorang penduduk yang tinggal di depan rumah berkenaan sebelum menghubung­i bomba untuk tindakan selanjutny­a.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang, Tawang Linggam, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada jam 7.54 pagi sebelum sepasukan pegawai dan anggota dari BBP Limbang dikejarkan ke lokasi.

Katanya, struktur rumah yang dibina separuh kayu dan simen itu musnah sepenuhnya selepas api merebak pantas kerana terdapat kebocoran gas di dapur.

“Rumah berkenaan dihuni tujuh sekeluarga berusia antara tiga hingga 40 tahun. Ketika kejadian semua penghuni tiada di rumah kerana menghantar anak ke sekolah, selain membeli barangan di pasar.

Lihat asap tebal

“Jiran yang tinggal di depan rumah berkenaan melihat asap tebal dari bilik tingkat atas sebelum api marak membakar. Bomba kemudian dimaklumka­n untuk operasi pemadaman,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Tawang berkata, ketika operasi pemadaman dijalankan, pasukannya mengesan berlaku kebocoran gas di kawasan dapur yang menyebabka­n api marak lebih cepat.

Beliau berkata, rumah berkenaan musnah sepenuhnya dan tiada barangan berharga bersama dokumen yang dapat diselamatk­an penghuniny­a.

“Buat sementara waktu, mangsa tinggal di rumah jiran berdekatan sebelum bantuan daripada agensi kerajaan disalurkan kepada mereka.

“Setakat ini punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak forensik kebakaran,” katanya.

 ?? [ FOTO IHSAN JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT ] ?? Kebakaran rumah yang didiami tujuh sekeluarga di Kampung Buluh Balui, Batu Danau.
[ FOTO IHSAN JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT ] Kebakaran rumah yang didiami tujuh sekeluarga di Kampung Buluh Balui, Batu Danau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia