Berita Harian

Terduduk lihat rumah dihempap pokok

-

Keningau: “Saya terduduk dan hampir pengsan melihat keadaan rumah kami runtuh dihempap pokok,” kata Saimon Sainding, 41.

Saimon yang bekerja sebagai penoreh getah menyedari rumahnya di Kampung Meninitir, di sini, rosak akibat dihempap pokok kira-kira jam 8.30 pagi semalam, sebaik pulang selepas bermalam di rumah mentuanya.

Beliau berkata, dia bersama isteri dan enam anaknya bermalam di rumah mentuanya kerana laluan menghubung­kan ke rumah mereka terputus akibat tanah runtuh.

“Hujan lebat sejak jam 5 petang semalam (kelmarin) berlarutan menyebabka­n laluan menuju ke rumah kami terputus akibat runtuh. Air dari Sungai Lubong melimpah keluar ke jalan, kami terpaksa berpatah balik bermalam di rumah mentua.

Akibat hujan lebat

“Pagi tadi (semalam) saya meninjau keadaan rumah selepas berjalan kaki selama setengah jam dan sebaik tiba, saya terkejut lihat kediaman rosak akibat dihempap pokok,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Difahamkan, kejadian itu berlaku akibat hujan lebat berterusan sejak petang kelmarin, disusuli angin kencang.

Saimon berkata, dia hanya meninjau sekeliling kawasan rumah dan tidak dapat melihat keadaan di dalamnya kerana pintu masuk mengalami kerosakan.

“Pintu rumah senget menyebabka­n saya tidak dapat masuk dan hanya meninjau sekeliling rumah serta merakam beberapa gambar,” katanya.

Sementara itu, isterinya, Lelawati Surop, 33, turut terkejut sebaik dimaklumka­n rumah mereka hampir runtuh dalam kejadian itu.

 ?? [ FOTO IHSAN PEMBACA ] ?? Keadaan rumah yang dihempap pokok tumbang di Kampung Meninitir, di Keningau.
[ FOTO IHSAN PEMBACA ] Keadaan rumah yang dihempap pokok tumbang di Kampung Meninitir, di Keningau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia