Berita Harian

LAPORAN PENUH MISI CARI MH370 DIDEDAH KEPADA UMUM

Ocean Infinity dijangka serah maklumat selepas tamat tempoh pencarian

- Oleh Ahmad Suhael Adnan dan Kalbana Perimbanay­agam

Kerajaan akan mendedahka­n laporan penuh misi pencarian pesawat MH370 secara telus dan tidak menyembuny­ikan fakta daripada umum.

Menteri Pengangkut­an, Anthony Loke Siew Fook, berkata syarikat penerokaan dasar laut berpangkal­an di Amerika Syarikat, Ocean Infinity Limited (Ocean Infinity) dijangka menyerahka­n laporan penuh kepada kerajaan selepas tamat tempoh pencarian.

Katanya, laporan penuh itu akan dibentang kepada Kabinet sebelum dikeluarka­n kepada umum secara telus, termasukla­h sekiranya wujud elemen kontrovers­i.

“Saya dah beritahu sebelum ini, apa sahaja laporan membabitka­n orang ramai akan didedahkan secara keseluruha­n, tidak akan disunting dan tiada yang disembunyi­kan.

“Kami serius dalam isu ini, namun saya tak boleh jamin 100 peratus pesawat itu boleh ditemui. Saya hanya menteri, bukan pakar penerbanga­n.

“Apa yang boleh saya jamin ialah laporan penuh akan diterbitka­n sepenuhnya dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Hanya laporan interim

“Sebelum ini, hanya laporan interim dikeluarka­n dan laporan penuh tidak pernah diterbitka­n sejak MH370 hilang pada 8 Mac 2014,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat bersama pimpinan Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysia (MAVCOM) di sini, semalam.

Rabu lalu, Siew Fook menyatakan persetujua­n kerajaan melanjutka­n tempoh pencarian pesawat MH370 sehingga hari ini, atas permintaan Ocean Infinity.

Januari lalu, Ocean Infinity memulakan misi mencari MH370 dan menyasar untuk menemui bangkai pesawat itu dalam tempoh Jun atau Julai tahun ini, berdasarka­n terma

No Cure, No Fee (tiada penemuan, tiada bayaran).

Mengenai hala tuju misi pencarian pesawat itu, Siew Fook berkata, pihaknya akan membuat pengumuman pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet esok atau lusa.

Ditanya sama ada kerajaan akan meneruskan misi pencarian jika ada syarikat lain tampil menawarkan bantuan, beliau berkata, tiada tawaran diterima daripada mana-mana pihak setakat ini.

Sebelum ini, hanya laporan interim dikeluarka­n dan laporan penuh tidak pernah diterbitka­n sejak MH370 hilang pada 8 Mac 2014” Anthony Loke

Siew Fook,

Menteri Pengangkut­an

 ??  ??
 ?? [FOTO SAIRIEN NAFIS/BH] ?? Siew Fook (dua dari kiri) pada sidang media selepas mesyuarat bersama pimpinan MAVCOM di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO SAIRIEN NAFIS/BH] Siew Fook (dua dari kiri) pada sidang media selepas mesyuarat bersama pimpinan MAVCOM di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia