Berita Harian

MAKIN RAMAI ADUN BN PERLIS BUAT PUSINGAN U

-

Kangar: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim, bertegas sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang memboikot istiadat perlantika­n Menteri Besar pada Khamis lalu, tidak akan menyokong Datuk Seri Azlan Man, selagi mereka menjadi wakil rakyat BN.

Beliau menafikan sembilan ADUN terbabit akan membuat pusingan U dengan kembali menyokong Azlan yang sudah mengangkat sumpah dengan perkenan Raja Perlis.

“Tak sokong! Mereka (sembilan ADUN) bertanding di DUN masing-masing atas tiket BN Perlis.

“Saya Pengerusi BN negeri, jadi maksudnya mudah dan tak perlu nak dipertikai­kan lagi,” katanya sebelum memutuskan perbualan menerusi telefon bimbit ketika dihubungi wartawan NSTP, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta memberi pengesahan berhubung laporan sebuah portal dalam talian, yang melaporkan sembilan ADUN daripada BN Perlis kini bakal kembali menyokong Azlan.

Seorang daripada sembilan ADUN Perlis yang enggan namanya disiarkan ketika dihubungi, turut menafikan laporan portal berita berkenaan.

Dalam proses perbincang­an

“Kami masih dalam proses perbincang­an pada peringkat dalaman dan tidak pernah mengeluark­an sebarang keputusan berhubung pendirian terhadap pelantikan Azlan kepada sesiapapun,” katanya.

Terdahulu sebuah portal berita tempatan melaporkan, sembilan ADUN Perlis yang memboikot istiadat pelantikan Menteri Besar Perlis dijangka mengiktira­f kepemimpin­an Azlan dalam masa terdekat.

Malah portal terbabit turut melaporkan kumpulan ADUN itu sudah mengadakan pertemuan baru-baru ini dan bersetuju menyokong Azlan sebagai menteri besar bagi penggal kedua.

Sementara itu, di Kelantan, Pertubuhan Keturunan Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang Malaysia membuat membuat laporan polis kerana kesal dengan tindakan Shahidan yang didakwa menderhaka kepada Raja Perlis.

Laporan itu dibuat oleh Yang Dipertuany­a, Fadzillah Hussin, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu di Pengkalan Chepa, pada jam 9.30 pagi.

Tak sokong! Mereka bertanding di DUN masingmasi­ng atas tiket BN Perlis” Shahidan Kassim, Pengerusi BN Perlis

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia