Berita Harian

USUL MANSUH AKTA ANTIBERITA TIDAK BENAR DIBENTANG JUN INI

Kementeria­n dalam proses sedia dokumentas­i, teliti tiga perkara sebelum ambil tindakan

- Oleh Nor Akmar Samudin dan Seri Nor Nadiah Koris

Usul memansuhka­n Akta Antiberita Tidak Benar 2018 dijangka dibentangk­an ke Parlimen, pada sidang pertama Dewan Rakyat yang dijadual berlangsun­g bermula 25 Jun ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, berkata kementeria­nnya sedang dalam proses menyediaka­n dokumentas­i dan proses pemansuhan itu akan mengambil masa sehingga tiga bulan untuk dilengkapk­an.

“Kita perlu meneliti tiga perkara sebelum memansuhka­n akta ini, termasuk sama ada terdapat orang yang ditangkap mengikut undangunda­ng.

“Sekiranya ada individu yang sudah dituduh, apa yang berlaku serta sekiranya undang-undang ini tidak dipakai, adakah undang-undang lain yang boleh diguna pakai.

“Kementeria­n sedang melihat kembali akta itu, serta mendapatka­n pandangan dari Jabatan Peguam Negara.

“Ini bukan satu proses mudah, sekiranya tidak sempat ia akan dibawa pada sidang Parlimen akan datang,” katanya pada sidang media yang diadakan di Wisma BERNAMA, semalam.

Komited mansuhkan akta

Mengulas kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang, mengenai sokongan parti itu terhadap akta terbabit, Gobind berkata, itu adalah pendapat peribadi beliau dan kerajaan komited untuk memansuhka­n akta itu, sebagaiman­a yang digariskan dalam manifesto Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Kita tetap akan melaksanak­an dan pada masa sama akan memperkuku­hkan undang-undang lain berkaitan berita palsu,” katanya.

Ketibaan Gobind di Wisma BERNAMA disambut oleh Pengerusi BERNAMA, Datuk Seri Azman Ujang dan Ketua Pengarang, Datuk Zakaria Abdul Wahab.

Beliau kemudian diberi taklimat secara tertutup oleh Ketua Pegawai Eksekutif BERNAMA, Datuk Zulkefli Salleh.

Ia adalah lawatan kerja pertama beliau ke Wisma BERNAMA selepas dilantik Menteri Kabinet.

Ketika berucap di BERNAMA, Gobind turut meminta BERNAMA menyiarkan kembali berita dalam bahasa Tamil dan Mandarin yang dihentikan sejak 2015, menerusi saluran televisyen­nya, BERNAMA News Channel (BNC).

 ?? [FOTO ASWADI ALIAS/BH] ?? Gobind (kiri) ketika lawatan kerja di RTM dan IPPTAR di Angkasapur­i, Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO ASWADI ALIAS/BH] Gobind (kiri) ketika lawatan kerja di RTM dan IPPTAR di Angkasapur­i, Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ?? Gobind ditemu bual di konti BERNAMA Radio pada Lawatan kerja di Wisma BERNAMA, Kuala Lumpur, semalam.
Gobind ditemu bual di konti BERNAMA Radio pada Lawatan kerja di Wisma BERNAMA, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia