Berita Harian

PROJEK KERETA API LAJU KL-SINGAPURA DIBATAL

Malaysia mungkin terpaksa bayar pampasan RM500 juta kepada Singapura

- Oleh Manirajan Ramasamy, Fairul Asmaini Mohd Pilus, Nasarudin Parzi dan Farhana Syed Nokman cnews@nstp.com.my Petaling Jaya

Malaysia membuat keputusan membatalka­n Projek Rel Berkelajua­n Tinggi (HSR) antara Kuala Lumpur dan Singapura, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, keputusan itu muktamad tetapi mengambil masa kerana mempunyai perjanjian dengan negara jiran itu.

“Ia tidak memanfaatk­an Malaysia kerana membabitka­n perbelanja­an besar dan kita tidak mendapat keuntungan memandangk­an ia membabitka­n trek pendek.

Hanya jimat masa perjalanan satu jam

“HSR hanya menjimatka­n masa perjalanan selama sejam, maka kita perlu melihat perjanjian asal dan saya belum melihatnya setakat ini,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Menara Yayasan Selangor, semalam.

Dr Mahathir berkata, Malaysia mungkin perlu membayar pampasan sehingga RM500 juta kepada Singapura susulan pembatalan itu.

“Pampasan perlu dibayar jika projek ini dibatalkan dan ia hampir RM500 juta, tetapi saya kurang pasti sama ada ia dalam dolar Singapura atau dolar Amerika Syarikat,” katanya.

Dr Mahathir berkata, perbincang­an lanjut mengenainy­a akan diadakan dengan Singapura.

Ia tidak memanfaatk­an Malaysia kerana membabitka­n perbelanja­an besar dan kita tidak mendapat keuntungan memandangk­an ia membabitka­n trek pendek” Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Keratan BH pada 25 Oktober 2015.
Keratan BH pada 25 Oktober 2015.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia