Berita Harian

KERAJAAN SEDIA PERTIMBANG 25 PERMINTAAN HINDRAF

Persatuan mahu tanah seperti FELDA, buka UITM kepada semua kaum

- Oleh Manirajan Ramasamy, Fairul Asmaini Mohd Pilus, Nasarudin Parzi dan Farhana Syed Nokman

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan akan meneliti dan mempertimb­angkan senarai 25 permintaan Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (HINDRAF 2.0), termasuk berkaitan tanah rancangan FELDA dan kemasukan ke Universiti Teknologi MARA (UITM).

“Kita akan mempertimb­angkan (permintaan HINDRAF 2.0) itu,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Menara Yayasan Selangor, semalam.

Perdana Menteri mengulas permintaan HINDRAF 2.0 supaya kerajaan menyediaka­n tanah seperti tanah rancangan FELDA kepada kaum India berpendapa­tan rendah, selain membuka kemasukan UITM kepada semua kaum.

Serah memorandum

Ketua Umum HINDRAF 2.0, P Uthayakuma­r, dilaporkan berkata, mereka berharap supaya UITM yang diwujudkan khusus untuk Bumiputera dan Melayu dibuka untuk semua kaum, terutama kaum India dari B75.

Memorandum mengandung­i senarai itu diserahkan kepada kerajaan menerusi Majlis Penasihat Kerajaan, semalam.

“Kita mahu 20,000 lot tanah seperti FELDA seluas dua hektar setiap lot ditanam sawit dan ternakan lembu liar, peluang skim pemilikan tanah dilengkapi rumah serta kemudahan asas.

“HINDRAF 2.0 juga berharap kerajaan PH memberi hak milik 20,000 lot tanah seluas 0.8 hektar bagi tujuan ternakan lembu atau kambing berserta rumah dan kemudahan.

“Ia termasuk peluang 15 peratus untuk B75 bagi tawaran kemasukan ke universiti awam, politeknik, UITM dan TADIKA Permata setiap tahun,” katanya.

Permintaan lain ialah 20,000 lesen dan permit kerja bagi projek kerajaan, lesen penjaja kecil dan taraf warganegar­a kepada warga India yang tidak memiliki dokumen diri.

Selain itu, HINDRAF 2.0 juga mahu kerajaan menangani isu kemiskinan, penganggur­an, jenayah, mengurangk­an pengambila­n pekerja warga asing, pemberian tanah seluas 0.8 hektar kepada kuil dan tanah seluas empat hektar bagi tanah perkuburan Hindu.

Kita mahu 20,000 lot tanah seperti FELDA seluas dua hektar setiap lot yang ditanam sawit dan ternakan lembu liar, peluang skim pemilikan tanah dilengkapi rumah serta kemudahan asas” P Uthayakuma­r, Ketua Umum HINDRAF 2.0

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia