Berita Harian

Dr M anggap tidak layak dicalon Hadiah Nobel

-

Petaling Jaya: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berasakan dirinya tidak cukup mulia untuk dinamakan sebagai calon Hadiah Nobel. “Nobel Prize winner? I am not so

nobel (Pemenang Hadiah Nobel? Saya tidak begitu mulia),” katanya dalam reaksi spontan pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Menara Yayasan Selangor, semalam.

Pada 26 Mei lalu, satu kempen dalam talian dilancarka­n untuk menamakan Perdana Menteri ketujuh Malaysia itu sebagai calon Hadiah Nobel yang berprestij di dunia.

Petisyen itu mendapat tumpuan ramai dan sehingga hari ini, kirakira 26,300 orang menurunkan tanda tangan sebagai menyatakan sokongan.

Iktiraf usaha Dr Mahathir selamatkan Malaysia

Difahamkan, ia dilakukan bagi mengiktira­f usaha Dr Mahathir menyelamat­kan Malaysia.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata, kerajaan akan mengkaji cadangan memansuhka­n Biro Tatanegara (BTN) yang dikemukaka­n beberapa pihak sebelum ini.

Beliau, yang juga Pengerusi PPBM berkata, kerajaan mendapati BTN dan beberapa organisasi lain ditubuhkan untuk kepentinga­n Barisan Nasional (BN).

“Banyak badan kita dapati ditubuhkan bukan untuk kerajaan tapi untuk BN, tetapi menggunaka­n wang kerajaan untuk membayar gaji,” katanya.

Semalam, Ahli Parlimen Setiawangs­a, Nik Nazmi Nik Ahmad, mencadangk­an supaya BTN ditutup kerana berpendapa­t ia ‘sangat memihak dan bersifat toksik terhadap perpaduan sejati negara’ dan masih beroperasi dalam ‘kerangka Perang Dingin’ sedangkan dunia sudah berubah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia