Berita Harian

Irwan Serigar bukan lagi Pengarah BNM

Berkuat kuasa pada 14 Mei 2018

-

Bank Negara Malaysia (BNM) memaklumka­n Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah bukan lagi ahli Lembaga Pengarahny­a, berkuat kuasa 14 Mei 2018.

Bank pusat itu dalam satu kenyataan berkata, ia berikutan Mohd Irwan Serigar tidak lagi memegang jawatan sebagai Ketua Setiausaha Perbendaha­raan berkuat kuasa pada tarikh berkenaan.

“Oleh kerana Mohd Irwan Serigar tidak lagi memegang jawatan Ketua Setiausaha Perbendaha­raan berkuat kuasa pada 14 Mei 2018, beliau bukan lagi ahli Lembaga Pengarah BNM berkuat kuasa dari tarikh itu,” kata kenyataan itu.

Pada 14 Mei lalu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam satu kenyataan berkata, kerajaan memutuskan kontrak perkhidmat­an Mohd Irwan Serigar Abdullah sebagai Ketua Setiausaha Perbendaha­raan dipendekka­n kepada 14 Jun 2018.

Dilantik secara kontrak

Mohd Irwan Serigar dilantik secara kontrak sebagai Ketua Setiausaha Perbendaha­raan mulai 7 Mac 2017 hingga 6 Mac 2019.

“Mulai 14 Mei 2018 hingga 13 Jun 2018, pegawai (Mohd Irwan Serigar) ditempatka­n di Jabatan Perkhidmat­an Awam dan tidak dibenarkan menjalanka­n tugas sebagai Ketua Setiausaha Perbendaha­raan, Kementeria­n Kewangan atau apa-apa yang berkaitan dengan Kementeria­n Kewangan,” kata Ali dalam kenyataan itu.

Oleh kerana Mohd Irwan Serigar tidak lagi memegang jawatan Ketua Setiausaha Perbendaha­raan berkuat kuasa pada 14 Mei 2018, beliau bukan lagi ahli Lembaga Pengarah BNM berkuat kuasa dari tarikh itu” Kenyataan BNM

 ??  ?? Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah
Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia