Berita Harian

RTM perlu berubah sesuai kehendak semasa penonton

-

Kuala Lumpur: Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo mahu Radio Televisyen Malaysia (RTM) lebih menonjolka­n wajah baharu dan lebih agresif dalam tempoh enam bulan sebagai usaha menarik lebih ramai penonton.

Beliau berkata, perubahan itu bagi memastikan stesen televisyen nasional itu mampu bersaing secara sihat atau lebih baik berbanding stesen televisyen swasta lain termasuk pada peringkat antarabang­sa.

“Apa yang kita siarkan kepada rakyat adalah sangat penting kerana ia mencorakka­n cara pemi- kiran rakyat. Saya mendapat banyak maklum balas RTM kena ada perubahan drastik.

Tumpu kandungan

“Jadi hari ini, saya sudah minta pengurusan (RTM) supaya melihat kepada pesaing stesen televisyen lain seperti CNN dan Al-jazeera yang menyediaka­n bahan menarik untuk penonton kerana dalam bidang penyiaran kita mahu tarik minat penonton dan kalau orang enggan menonton program itu, maka program itu tidak berjaya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja di RTM dan Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) di Angkasapur­i, semalam.

Gobind berkata, RTM perlu memberi perhatian kepada kandungan yang lebih segar, telus, pantas dan bertepatan dengan kehendak semasa penonton.

Saluran ikut kategori penonton

Beliau tidak menolak kemungkina­n menjadikan setiap saluran di RTM lebih spesifik mengikut kategori penonton.

“Saya dengar pandangan yang diberikan dan ada yang menarik. Setakat ini kami lihat kemungkina­n ada saluran khusus mungkin untuk berita atau sukan sahaja dan perkara lain.

“Ini cadangan yang baik, tetapi saya mahukan lebih input kerana apa yang dikumpul dalam enam bulan akan saya bawa ke kabinet agar keseluruha­n wajah RTM boleh diubah, lebih terkini bagi menyahut cabaran bukan sahaja di rantau Asia, tetapi di seluruh dunia.

“Media ada di mana-mana, sama ada suka atau tidak, sistem perlu berubah supaya kita dapat menarik perhatian penonton di seluruh dunia dan boleh bersaing dengan media sedia ada,” katanya.

Media ada di manamana, sama ada suka atau tidak, sistem perlu berubah supaya kita dapat menarik perhatian penonton di seluruh dunia dan boleh bersaing dengan media sedia ada” Gobind Singh Deo, Menteri Komunikasi dan Multimedia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia