Berita Harian

Syor awam mahukan pembaharua­n diperhalus­i

-

Kuala Lumpur: Jawatankua­sa Pembaharua­n Institusi akan menilai semua pandangan yang diterima daripada pihak awam mengenai perkara berbangkit yang memerlukan pembaharua­n.

Ahli Jawatankua­sa Pembaharua­n Institusi, Datuk S Ambiga, berkata pihaknya menerima banyak pandangan daripada orang awam yang mahu pembaharua­n dilaksanak­an pada institusi berkaitan.

“Pandangan diterima daripada orang awam amat menggalakk­an. Mereka sangat berminat memberi pandangan mengenai masalah yang berbangkit.

Tangani kebimbanga­n orang awam

“Kami berharap dapat menangani kebimbanga­n yang disuarakan orang awam ini,” katanya kepada media ketika ditemui di Menara Ilham di sini, semalam.

Ambiga berkata, segala syor dan pandangan akan dibincang dan diperhalus­i dalam tempoh beberapa minggu ini untuk diserahkan kepada Majlis Penasihat Kerajaan sebelum dibentang kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pada 15 Mei lalu, Majlis Penasihat Kerajaan mengumumka­n penubuhan Jawatankua­sa Pembaharua­n Institusi dengan lima anggota.

Selain, Ambiga, jawatankua­sa itu dianggotai dua hakim bersara Mahkamah Rayuan iaitu Datuk KC Vohrah dan Datuk Mah Weng Kwai yang juga Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia; Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan Brig Jen (B) Datuk Mohamed Arshad Raji; pensyarah undang-undang dan pemegang Kursi Tunku Abdul Rahman di Universiti Malaya, Prof Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi.

Pandangan diterima daripada orang awam amat menggalakk­an. Mereka sangat berminat memberi pandangan mengenai masalah yang berbangkit. Kami berharap dapat menangani kebimbanga­n yang disuarakan orang awam ini” S Ambiga, Ahli Jawatankua­sa Pembaharua­n Institusi

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia