Berita Harian

SRC Internatio­nal bayar hutang ikut jadual

-

Kuala Lumpur: Pembayaran pinjaman oleh SRC Internatio­nal Sdn Bhd kepada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadan­kan) atau KWAP, mengikut jadual setakat tahun lalu.

Bagi tahun ini, ia akan bergantung mengikut jadual pembayaran yang dibuat setiap enam bulan, kata Ketua Pegawai Eksekutif KWAP, Datuk Wan Kamaruzama­n Wan Ahmad.

“Pembayaran (pinjaman) daripada SRC Internatio­nal adalah mengikut jadual setakat tahun lalu,” katanya ketika ditemui selepas bertemu dengan anggota Majlis Penasihat Negara, di sini, semalam.

Wan Kamaruzama­n berkata, isu SRC Internatio­nal turut dibincangk­an pada pertemuan dengan anggota majlis itu.

Beliau berkata, selain membincang­kan mengenai kemampuan SRC Internatio­nal membuat pembayaran pinjaman pada masa depan, isu tadbir urus, pencen dan pelaburan KWAP turut dibincangk­an.

“Isu dibincangk­an mengenai tadbir urus dan menjadikan pencen lebih mapan, serta pelaburan kami. Mengenai pelaburan, ia membabitka­n semua pelaburan kami, termasuk SRC Internatio­nal,” katanya.

SRC Internatio­nal adalah anak syarikat 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB) sebelum diambil alih Menteri Kewangan Diperbadan­kan pada 14 Februari 2012.

Pinjaman RM4 bilion

KWAP pula ditubuhkan pada 1 Mac 2007 di bawah Akta Kumpulan Wang Persaraan 2007, menggantik­an Akta Kumpulan Wang Amanah Pencen 1991.

SRC Internatio­nal memperoleh dua pinjaman daripada KWAP berjumlah RM4 bilion.

Dengan modal yang ada, syarikat itu bekerjasam­a dengan Aabar Investment­s PJS untuk menubuhkan SRC Strategic Resources Ltd, dengan masing-masing menyumbang­kan AS$60 juta.

Lembaga Pengarah SRC kemudian meluluskan pelaburan AS$45.5 juta dalam industri arang batu di Mongolia.

SRC juga melabur AS$120 juta dalam PT ABM Investama, sebuah syarikat yang disenaraik­an di Bursa Saham Jakarta.

 ?? [FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR/BH] ?? Wan Kamaruzama­n ditemurama­h media selepas mesyuarat bersama Majlis Penasihat Kejaraan di Menara Ilham, semalam.
[FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR/BH] Wan Kamaruzama­n ditemurama­h media selepas mesyuarat bersama Majlis Penasihat Kejaraan di Menara Ilham, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia