Berita Harian

MAVCOM diarah kaji harga siling tiket penerbanga­n

-

Kuala Lumpur: Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysia (MAVCOM) diarah untuk mengkaji mekanisme pelaksanaa­n harga siling tiket penerbanga­n khusus ketika musim perayaan.

MAVCOM juga diarah untuk mempercepa­tkan kajian semula caj perkhidmat­an penumpang (PSC) bagi penerbanga­n domestik, ASEAN dan antarabang­sa.

Menteri Pengangkut­an, Anthony Loke Siew Fook, berkata itu antara perkara yang dibincangk­an pada pertemuann­ya dengan pimpinan MAVCOM di ibu pejabat suruhanjay­a itu di sini, semalam.

Katanya, MAVCOM perlu meneliti isu harga tiket penerbanga­n yang tidak munasabah setiap kali musim perayaan kerana ia kerap dibangkitk­an di Parlimen sebelum ini, khususnya bagi mereka yang mahu pulang ke Sabah dan Sarawak dari Semenanjun­g.

“Orang Sabah dan Sarawak sentiasa berdepan isu ini setiap kali musim perayaan, sama ada sambutan Hari Gawai, Keamatan, hari raya, Tahun Baharu Cina, Deepavali dan Krismas, mereka kena bayar harga tiket yang tinggi.

Pelaksanaa­n harga siling

“Harga tiket bagi penerbanga­n antara Semenanjun­g ke Sabah atau Sarawak boleh mencecah RM1,500 hingga RM2,000 bagi kelas ekonomi, iaitu lebih mahal daripada penerbanga­n dari Kuala Lumpur ke China, Hong Kong atau Korea Selatan.

“Pelaksanaa­n harga siling tidak akan mengganggu pasaran kerana ia hanya pada musim perayaan, selain wujud keperluan kerana tidak ada alternatif lain untuk ke Sabah dan Sarawak atau negeri itu ke Semenanjun­g, kapal pun tak ada dan mesti guna pengangkut­an udara,” katanya selepas bertemu pimpinan MAVCOM, semalam.

Siew Fook berkata, walaupun wujud desakan harga siling itu dilaksanak­an segera menjelang Aidilfitri dua minggu lagi, ia tidak boleh dibuat serta-merta kerana membabitka­n implikasi kepada syarikat dan industri penerbanga­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia