Berita Harian

‘BTN gagal pupuk patriotism­e’

Nurul Izzah sokong mansuh agensi

- Oleh Mohamed Basyir

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, menyokong cadangan memansuhka­n Biro Tata Negara (BTN), yang disifatkan bukan medan sesuai untuk memupuk semangat patriotism­e

Sambil menyifatka­n peranan agensi berkenaan disalah guna, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, laporan dari universiti tempatan mengenai keberkesan­an program anjuran BTN kebanyakan­nya hanya menunjukka­n hasil negatif.

Beliau berkata, agensi lain seperti Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) juga turut memainkan peranan sama seperti BTN.

Disalah guna

“Berapa banyak agensi propaganda yang diperlukan negara? Saya faham keperluan untuk memupuk semangat patriotism­e, tetapi saya rasa BTN disalahgun­akan.

“Jika keutamaan untuk memupuk hubungan harmoni antara masyarakat, saya cadangkan kita memulakann­ya Naib Presiden PKR dari sekolah,” katanya pada sidang media selepas menghadiri taklimat khas mengenai Industri 4.0 di Pusat Kemahiran Pembanguna­n Pulau Pinang (PSDC), di sini, semalam.

Nurul Izzah berkata, beliau akan menyerahka­n kepada Kabinet untuk memutuskan sama ada ia perlu dimansuhka­n atau sebaliknya.

Pakatan Harapan (PH) dalam manifeston­ya berjanji menghapusk­an BTN.

Baru-baru ini, Ketua Pemuda PH yang juga Ketua Pemuda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, turut menyokong langkah memansuhka­n agensi terbabit.

 ?? [FOTO MIKAIL ONG/BH] ?? Nurul Izzah (kiri) ketika menyampaik­an ucapan pada taklimat khas mengenai Industri 4.0 di PSDC, Georgetown, Pulau Pinang, semalam.
[FOTO MIKAIL ONG/BH] Nurul Izzah (kiri) ketika menyampaik­an ucapan pada taklimat khas mengenai Industri 4.0 di PSDC, Georgetown, Pulau Pinang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia