Berita Harian

Mohamad Sabu sangkal 3 berita palsu

-

Kuala Lumpur: Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu menyangkal tiga berita palsu yang tersebar berkaitan beliau termasuk kononnya tidak mahu menggunaka­n kenderaan rasmi disediakan kementeria­n pada hari pertama bertugas sebagai menteri.

Katanya, beliau akan menggunaka­n hak sebagai seorang menteri, namun tidak akan menyalahgu­nakan kedudukann­ya itu.

“Tersebar gambar kononnya saya mahu memandu kenderaan Perodua Viva milik anak dan tidak mahu menggunaka­n kenderaan rasmi serta pengiring disediakan kementeria­n pada hari pertama bekerja.

“Saya akan menggunaka­n hak sebagai seorang menteri, namun tidak akan mengambil lebih daripada itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Guna hak sebagai menteri

Mohamad berkata, baru-baru ini juga tersebar gambar Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, berbuka puasa di rumahnya.

“Ia adalah gambar lama ketika dua tokoh negara itu makan malam di rumah saya pada tahun lalu,” katanya.

Beliau juga menjelaska­n mesej tersebar menerusi aplikasi Whatsapp, mengenai kempen dilancarka­n untuk mengutip derma atas namanya.

Kempen terbabit dikenali ‘Tabung Kereta Baru Mat Sabu’.

Tiada derma dikutip

“Tidak ada sebarang derma yang boleh dikutip menggunaka­n nama saya tanpa sebarang persetujua­n dan kebenaran daripada saya,” katanya.

Mohamad berkata, pada masa akan datang, semua berita berkaitan dirinya hanya akan dikeluarka­n menerusi akaun media sosial rasmi, iaitu Facebook: Mohamad Sabu - Menteri Pertahanan Malaysia; Twitter: @Msabu_official; dan Instagram: msabu_official.

Di satu laporan

Putrajaya,

diserahkan kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam bagi menyiasat dakwaan salah guna pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) oleh Mohamad untuk pulang ke kampungnya di Butterwort­h, Pulau Pinang, Sabtu lalu.

Laporan dibuat pemerhati bebas Pilihan Raya Umum Ke14 (PRU-14), Datuk Abu Backer Sidek di Ibu Pejabat SPRM di sini.

Abu Backer berkata, adalah tidak wajar menggunaka­n aset kerajaan untuk tujuan peribadi.

Sementara itu, Mohamad tidak dapat dihubungi untuk mengulas dakwaan berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia