Berita Harian

PAS Kelantan menaruh harapan

-

S: Boleh Datuk komen selepas 28 tahun PAS masih memerintah Kelantan?

J: Alhamdulil­lah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana memberi kemenangan dan mengekalka­n Kelantan dengan kerusi yang bertambah. Kami berjaya merampas empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada Barisan Nasional (BN) dan satu kerusi PKR. Jadi pertambaha­n sebanyak lima kerusi. Bagaimanap­un, DUN Salor (sebelum ini disandang Husam Musa) dikira tidak dirampas kerana sememangny­a kerusi itu milik PAS. Kerusi BN yang di rampas ialah Dabong, Semerak, Selising dan Pengkalan Kubor.

S: Adakah PAS Kelantan sudah menjangka kemenangan ini?

J: Kami tidak jangka menang sehingga 37 kerusi. Mengikut jangkaan, kami boleh menang maksimum 28 hingga 32 kerusi. Kemenangan 37 kerusi adalah melebihi jangkaan. Faktornya banyak, antaranya disebabkan kesedaran masyarakat menolak BN. Ini antara gelombang besar kerana orang sudah tidak mahu kepada BN. Dalam konteks Kelantan, rakyat kekalkan PAS. Apabila tolak BN, maka undi PAS di Kelantan. Kemudian disokong pula rekod pentadbira­n selama 28 tahun. Alhamdulil­lah kami menunjukka­n satu model pemerintah­an yang telus, amanah dan bersih. Ini banyak membantu, walaupun ada kekurangan dan kelemahan, tapi kami berjaya memenuhi sebahagian besar harapan rakyat. Kesedaran agama yang tinggi juga faktor utama pengundi Kelantan kerana memikirkan dalam konteks agama. Rakyat yakin PAS adalah satu-satunya parti yang boleh memperjuan­gkan kepentinga­n Islam terutama di Kelantan.

S: Pada pandangan Datuk apa punca kekalahan UMNO?

J: Asas pemikiran UMNO kerana melihat wujud saingan tiga penjuru ekoran adanya Parti Amanah Negara (AMANAH), jadi mereka ambil teori tahun 1978, apabila adanya pertanding­an tiga penjuru menyebabka­n PAS kalah. Ketika itu (1978) PAS, BERJASA dan BN, kali ini Amanah, PAS dan BN. Jadi mereka mengharapk­an keadaan 1978 berulang di Kelantan. Sebab itu mereka yakin, namun sebaliknya berlaku. Bagi kami memang luar biasa dan di luar jangkaan.

Kami juga tidak jangka BN akan tumbang. Saya rasa Pakatan Harapan (PH) pun tidak jangka menang, sebab itu mereka tidak bersedia untuk memerintah. Kenyataan pun dilihat kelam kabut kerana mereka sendiri tidak menduga.

S: Bagaimana hubungan PAS dengan PH yang tidak sebaik seperti dengan BN?

J: Kami sekarang ini lebih kepada tunggu dan lihat sebab kami nak melihat apa sikap Kerajaan Persekutua­n di bawah PH terhadap Kelantan, sebelum kami menentukan sikap kami. Kami berharap mereka bersikap positif atas dasar konsep Persekutua­n, tapi sikap kami dari dulu G2G (hubungan antara kerajaan dengan kerajaan) memang terbuka walaupun ketika UMNO dulu menekan kami, tapi kami tetap bergerak atas dasar konsep Persekutua­n. Jadi hari ini kami bersedia menghormat­i dan mematuhi lunas Perlembaga­an. (Hubungan) kerajaan dengan kerajaan itu perkara biasa seperti mana dengan BN sebelum ini. Ketika Tok Guru (Allahyarha­m Datuk Nik Aziz Nik Mat) dulu bertembung kuat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad tapi G2G berjalan juga cuma tidak berapa rapat.

Kami harap Dr Mahathir tidak mengulangi sikapnya ketika menjadi Perdana Menteri dulu iaitu bersikap negatif, keras dengan Kelantan. Kami harap tidak berlaku, sebab itu saya buat kenyataan sebelum ini, kerajaan yang ada sekarang ini jangan menjadi kerajaan yang membalas dendam, sebaliknya kena hormat konsep Persekutua­n. Apabila dia (Dr Mahathir) buat kenyataan mahu beri 20 peratus royalti kepada kami, ia adalah satu permulaan yang baik dan menunjukka­n sikap positif.

S: Setakat mana perkembang­an isu royalti minyak?

J: Kami pun tidak tahu, hanya baca menerusi media. Mungkin kena lihat dalam Mesyuarat Majlis Kewangan Negara. Secara kasarnya ada sifat terbuka terhadap negeri terutama kenyataann­ya nak beri 20 peratus. Tiada lagi kenyataan negatif terhadap negeri di bawah pembangkan­g ini. Jadi kami berharap kerajaan yang ada lebih baik daripada kerajaan BN dahulu dari segi keadilanny­a, keterbukaa­nnya, lebih-lebih lagi Dr Mahathir diberi peluang kedua, jadi dia sudah ada pengajaran daripada 22 tahun mentadbir. Malah slogan mereka pun menekankan keadilan dan ketelusan. Kami harap perkara ini menjadi kenyataan.

Sebelum ini mereka memberi peruntukan apabila kerajaan negeri tidak ada kewangan yang cukup, tapi dengan pemberian royalti ini tidak menyebabka­n tanggungja­wab Kerajaan Pusat terhenti terhadap kerajaan negeri kerana tanggungja­wab itu terdapat dalam Perlembaga­an. Jadi pemberian royalti ini sebagai tambahan daripada apa yang sudah ada sekarang ini misalnya geran berkapita sudah ada dalam Perlembaga­an. Kalau Kerajaan Pusat memberi royalti, memang dari segi sumbangan tahunan boleh berkurang untuk projek pembanguna­n serta infrastruk­tur. Dia (Kerajaan Pusat) boleh jimat dari segi itu. Kalau kira dulu, kami sepatutnya menerima RM400 juta setahun. Itu baru lima peratus kalau ikut perjanjian. PETRONAS kena beri kepada kerajaan negeri dan lima peratus lagi kepada Kerajaan Pusat daripada hasil minyak dan gas. Sekarang memang dia (PETRONAS) beri tapi semuanya kepada Kerajaan Pusat. Kerajaan Pusat yang tidak beri kepada kerajaan negeri. Sekarang ini pula, pengeluara­n minyak semakin banyak untuk setahun.

S: ECRL mungkin tidak diteruskan? Apa pandangan Datuk?

J: Projek ini adalah daripada Kerajaan Pusat dan kami sendiri tiada suara. Jadi kalau Kerajaan Pusat bersetuju meneruskan projek itu, kami sokong. Kelantan adalah negeri pertama meluluskan pengambila­n tanah untuk ECRL. Sebab kami tahu impaknya besar kepada pembanguna­n dan ekonomi rakyat tetapi kalau Kerajaan Pusat mahu batalkan, kami nak cakap macam mana, sebab ia adalah projek mereka. Cuma kita difahamkan mungkin sukar untuk kerajaan (batalkan) kerana ada perjanjian dengan kerajaan China, ada timbal balik kalau betullah maklumat yang saya terima.

Kerajaan China sanggup beli minyak sawit di Malaysia dengan jumlah tertentu dan sebagai imbangan ialah projek ECRL. Jadi ada give and take. Kalau Kerajaan Pusat batalkan ini (projek ECRL) kemungkina­n akan menjejaska­n perdaganga­n minyak sawit. Kalau kita dengar kenyataan Tun Daim Zainuddin baru-baru ini dilihat seperti tidak mahu dibatalkan. Cuma mahu kaji semula. Kos yang disebut Tun Daim pun lebih besar iaitu RM66 bilion, sedangkan Datuk Seri Najib Razak sebut RM55 bilion. Kelantan akan terima apa saja keputusan.

S: Dahulu DAP menentang pe- laksanaan RUU355. Jadi apa peluang pada kali ini?

J: RUU355 ini kami tidak ketepikan dalam agenda kami, sampai masanya Insya-allah kita akan angkat balik. Sebab kawan kita yang lari daripada PAS, masuk dalam AMANAH, antara hujah mereka yang marah kepada kami kerana kami tiada kerajaan (peringkat Pusat). Mereka beritahu sampai Putrajaya dahulu baru boleh cakap. Tapi sekarang ini sudah sampai di Putrajaya, jadi ini sepatutnya masa mereka bawa isu memperkasa­kan Mahkamah Syariah dalam kerajaan.

Jadi saya nak lihat kemampuan AMANAH memperkasa­kan Islam dalam kerajaan. Sebab dulu mereka cakap jangan awal sangat sebab mereka mahu ke Putrajaya dan memerintah dahulu (Malaysia). Namun sekarang mereka sudah jadi kerajaan. Jadi ini masanya dan kita harap mereka lebih bersungguh daripada kita untuk memartabat­kan kedudukan Islam terutama Mahkamah Syariah di Malaysia sebab mereka sudah ada kuasa. RUU355 ini sudah ada dalam Parlimen, mungkin apabila bersidang diberi peluang. Dulu mereka sering memberi alasan kepada kita untuk jadi kerajaan terlebih dahulu dan kena ada satu reform yang menyeluruh terhadap Mahkamah Syariah. Jadi, kami nak tunggu lah.

S: Apa pandangan Datuk isu bubar Jawatan Hal Ehwal Khas (JASA), Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD), Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung Persekutua­n (JKKP) dan Majlis Profesor Negara (MPN)?

J: Ada positif dan negatif. Kalau kita lihat dari segi kedudukan pekerja yang hilang pekerjaan adalah negatif kerana seramai 17,000 kakitangan yang terbabit di seluruh negara sedangkan kita dekat dengan perayaan Aidilfitri. Agak kesian dengan mereka kerana dalam zaman ini agak sukar untuk mencari pekerjaan dalam masa sebulan atau dua bulan. Majoriti pula Melayu dan Islam. Jadi ini satu negatif. Daripada sudut positif, ia dapat mengurangk­an bebanan kewangan Kerajaan Pusat itu sendiri kerana tidak perlu membayar elaun kepada mereka. Kadang-kadang kita lihat jabatan itu sendiri tidak memberi kelebihan kepada orang ramai, sebaliknya kepada pemerintah seperti JASA. Kalau JASA itu hanya untuk parti, bukan kerajaan dan ia tiada manfaat. JKKP di kampung pula lebih kepada kepentinga­n UMNO, bukan kepada rakyat. Dari aspek itu ada positifnya.

Cuma kalau Kerajaan Pusat membuat keputusan ini, Jabatan Pembanguna­n Persekutua­n (JPP) juga perlu dibubarkan walaupun Dr Mahathir mengasaska­n jabatan ini. Jadi kita harap dibubarkan kerana JPP ini 'bertindih' dengan kerajaan negeri. Bagi kita tidak selari dengan semangat Perlembaga­an. Kalau JPP bubar, segala peruntukan akan terus kepada kerajaan negeri tanpa perlu perantaraa­n. Semua peruntukka­n Kerajaan Pusat sepatutnya terus kepada kerajaan negeri, tidak boleh ada badan lain, tidak betul dari segi undang-undang. JPP itu sendiri juga menyebabka­n perbelanja­an bertambah sebab ada pengarah. Jadi kita cadangkan Kerajaan Pusat mansuhkan JPP di seluruh negara kerana ia boleh menjimatka­n kos dan selari dengan semangat Perlembaga­an.

Guru al-quran pula sepatutnya tidak mengalami nasib itu kerana mereka hanya mengajar hal agama, bukan seperti ahli JKKP.

Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) menyaksika­n PAS terus mentadbir Kelantan dengan mandat lebih besar, iaitu 37 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding 32 pada PRU-13. Peralihan kuasa peringkat Pusat, menimbulka­n persoalan bagaimana hubungan kerajaan Kelantan dengan Kerajaan Pakatan Harapan (PH). Ikuti wawancara wartawan NSTP, Nor Fazlina Abdul Rahim dan Mohd Zulkifli Zainuddin dengan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

 ??  ?? Mohd Amar Nik Abdullah
Mohd Amar Nik Abdullah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia