Berita Harian

NSERC nafi terima dana MOSTI, KETTHA

-

Kuantan: NSE Resources Corporatio­n Sdn Bhd (NSERC) menafikan pernah menerima dana daripada Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementeria­n Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA) pada tahun 2014.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Azhar Anuar, berkata walaupun nama syarikat itu tersenarai antara 4,566 penerima dana daripada MOSTI , pihaknya tidak pernah menerima dana terbabit sehingga kini.

“Pihak kami sudah meminta penjelasan daripada MOSTI dan juga KETTHA sejak nama NSERC disebut sebagai antara penerima dana daripada kementeria­n berkenaan memandangk­an kami tidak pernah menerima dana terbabit.

“Kami sudah mengambil tindakan (mahkamah) bagi membersihk­an nama NSERC dan proses itu masih berjalan. Setakat ini, perkara itu (urusan mahkamah) belum selesai dan saya difahamkan ia dalam proses,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui selepas Program Semarak Ramadan Bersama Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, kelmarin.

Pada program tahunan itu, Fuziah bersama Azhar dan petugas dari Pejabat Ahli Parlimen Kuantan mengedarka­n pek berbuka puasa kepada pesakit serta waris mereka di hospital berkenaan, termasuk doktor dan jururawat bertugas.

Edar senarai 4,566 penerima

Pendedahan mengenai pengagihan dana MOSTI dan KETTHA itu dibuat Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli pada April 2014, yang mengedarka­n senarai 4,566 penerima dana dengan jumlah keseluruha­n bernilai RM2.9 bilion.

Berdasarka­n pendedahan berkenaan, Rafizi dilaporkan berkata, NSERC yang beroperasi di Kawasan Perindustr­ian Bentong itu didakwa menerima RM100 juta daripada MOSTI dan RM50 juta daripada KETTHA menerusi Skim Pembiayaan Teknologi Hijau dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKE-9).

Perkara itu bagaimanap­un dinafikan Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi ketika itu, Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia