Berita Harian

Zahid bidas Kerajaan PH belum tunai janji PRU-14

Bekas TPM anggap parti lawan umpama tempe

-

Naib Presiden yang menjalanka­n tugas-tugas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi menganggap kerajaan baharu hari ini ibarat tempe kerana tidak konsisten dalam memberikan fakta.

Beliau mempersoal­kan gelagat berubah-ubah kerajaan Pakatan Harapan yang setakat ini belum lagi tunai janji-janji Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) mereka kepada rakyat.

“Siang cakap lain petang cakap lain. Macam tempe, pagi masih lagi kacang soya, petang sudah jadi tempe, esok sudah naik kulat,” katanya.

Bekas Timbalan Perdana Menteri menyatakan demikian dalam majlis berbuka puasa bersama Ketua-ketua Penerangan Bahagian UMNO dan Yayasan Permai di ibu negara, kelmarin.

Yang hadir sama Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa.

Beliau mengingatk­an selaku kerajaan baru mereka pasti akan sentiasa diperhatik­an.

Tegas Zahid, aku janji yang diucapkan oleh mereka di dalam manifesto sehingga kini tidak dilaksanak­an.

“Kita lihat contohnya, apabila diisytihar­kan mereka menang, kata harga minyak akan turun tetapi kenyataann­ya sehingga sekarang tidak turun.

Tiada harga barang turun

“Mereka juga isytihar GST akan dihapuskan tapi tidak ada barang yang harga turun walaupun GST sifar peratus. Ada 90 barangan yang telah naik harga,” katanya.

Menurut Zahid, melihat apa yang sedang berlaku dan isu demi isu, pemimpin Pakatan ibarat kera mendapat bunga.

“Mereka juga mengatakan hutang negara RM1 trilion, tetapi yang jelas hanya RM686.8 billion. Mereka katakan ada pinjaman asing tetapi sebenarnya domestic debt iaitu pinjaman dalam negara… ertinya tidak ada pengaliran wang tunai ke luar negara,” katanya.

Selain itu jelas Zahid, kerajaan baru juga menuduh kerajaan terdahulu membuat pinjaman dalam bentuk US dollar dan yen tetapi kenyataan dari Bank Negara membuktika­n hanya dua peratus sahaja pinjaman dalam bentuk dolar AS dan satu peratus dalam yen.

“Ertinya pinjaman kita dalam bentuk ringgit. Mereka juga kata Bursa KL akan meningkat tapi akhirnya merudum jatuh.

“Dulu mereka kata ekonomi berada dalam kekecamuka­n dan negara hampir bankrap tetapi akhirnya mereka kata ekonomi kukuh,” jelasnya lagi.

Jadi pembangkan­g efektif

Justeru, beliau berharap agar semua Ahli Parlimen BN bersatu menjadi pasukan pembangkan­g yang efektif di Dewan Rakyat bagi mengekang fitnah dan tohmahan tidak benar kerajaan baru di bawah PH.

“Dalam masa 100 hari kita lihat apa yang akan berlaku. Saya juga percaya sudah berlaku keretakan antara mereka dan membenci satu sama lain,” katanya.

 ??  ?? Ahmad Zahid Hamidi
Ahmad Zahid Hamidi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia