Berita Harian

Najib tarik balik saman Tony Pua

Hakim benarkan permohonan selepas bertemu peguam kedua-dua pihak

- Oleh Murni Wan Omar cnews@nstp.com.my Kuala Lumpur

Datuk Seri Najib Razak menarik balik saman terhadap Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua Kiam Wee, berhubung isu 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, membenarka­n permohonan itu selepas bertemu peguam kedua-dua pihak di dalam kamarnya di sini, semalam.

Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Najib, ketika ditemui, berkata beliau diarahkan oleh anak guam untuk menarik balik saman itu tanpa kebebasan untuk memfailkan semula.

Katanya, pihaknya menarik balik saman terhadap Kiam Wee dan pemilik portal Mediarakya­t.net, Chan Chee Kong, dengan terma yang tidak didedahkan.

Peguam Michelle Ng hadir bagi mewakili Kiam Wee manakala peguam Shahid Adli Kamarudin mewakili Chee Kong.

Dakwa kenyataan unsur fitnah

Pada 5 Mac 2015, Najib memfailkan saman itu atas kapasiti peribadi dengan menamakan Kiam Wee dan Chee Kong sebagai defendan pertama dan kedua.

Ahli Parlimen Pekan itu mendakwa pada 13 November 2014, Kiam Wee sebagai penceramah utama pada jamuan malam kutipan dana DAP ada mengeluark­an kenyataan berunsur fitnah mengenai 1MDB.

Najib berkata, rakaman ucapan itu dimuat naik oleh Chee Kong sendiri dan atau ejennya dalam laman Youtube Mediarakya­t dan laman sesawang Mediarakya­t yang didakwa menggunaka­n tajuk berunsur fitnah.

Beliau mendakwa penerbitan perkataan fitnah itu merosakkan reputasiny­a kerana rakaman ucapan itu boleh diakses secara meluas dan mudah di seluruh dunia melalui internet, blog, forum dan laman web tanpa sebarang sekatan dan boleh dikongsi semula.

Saya diarahkan oleh anak guam untuk menarik balik saman itu tanpa kebebasan untuk memfailkan semula” Mohd Hafarizam Harun, Peguam

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia