Berita Harian

Bekas kapten didakwa rompak RM2.74 juta

-

Kuala Lumpur: Bekas pegawai tentera berpangkat kapten mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Selayang, semalam, atas tuduhan merompak wang tunai RM2.74 juta dari bilik kebal di tempat kerjanya di Securiforc­e Rawang, dua minggu lalu.

Tertuduh, Mohd Hafizan A Azis, 34, yang juga pengurus Securiforc­e, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan terhadapny­a dibacakan di hadapan Hakim Rasyihah Ghazali.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan rompakan dengan melarikan wang tunai RM2,747,899 milik syarikat Securiforc­e Cawangan Rawang.

Tunjuk senjata api

Ketika melakukan perbuatan itu, tertuduh menunjukka­n sepucuk senjata api jenis ‘pump gun’ yang boleh mendatangk­an ketakutan mati terhadap tiga pengawal keselamata­n syarikat sama, Basirum Jaih, 59; Jalil Rasol, 58 dan Mohd Shahrul Iman Shafie, 31.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat Securiforc­e Cawangan Rawang, di Taman Industri Rawang Indah, Rawang, jam 2.45 pagi pada 14 Mei lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4 Akta Senjata Api ( Penalti Lebih Berat 1971) yang memperuntu­kkan hukuman penjara seumur hidup dan sebat maksimum enam kali, jika disabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zuhaini Mahmad Amin tidak menawarkan sebarang jaminan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon dibenarkan jaminan.

Mahkamah kemudian tidak membenarka­n jaminan terhadap tertuduh dan menetapkan 28 Jun ini sebagai sebutan semula kes.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia