Berita Harian

Anggota JPJ, ahli GKKNK edar 300 bungkus juadah sahur

-

Alor Setar: Sebanyak 300 bungkus juadah sahur diedarkan kepada kakitangan agensi kerajaan yang bertugas mengikut syif, di sembilan lokasi sekitar bandar raya ini dari jam 11.30 malam hingga 2 pagi semalam.

Pengagihan sempena program Jelajah Sahur itu dijayakan oleh anggota dan pegawai dari Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) serta ahli Gabungan Kelab Kereta Negeri Kedah (GKKNK).

Pelepasan peserta disempurna­kan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, dengan diiringi Pengerusi Jawatankua­sa Belia dan Sukan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan, Pembanguna­n Usahawan dan Badan-badan Bukan Kerajaan negeri, Mohd Asmirul Anuar Aris; serta Pengarah JPJ Kedah, Ismasuhaim­i Shariff.

Sumbangan amal

Ismasuhaim­i berkata, program itu sudah memasuki edisi keenam dan ini kali keempat JPJ turut serta memberi sumbangan amal bagi menyediaka­n juadah sahur berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya juga amat berterima kasih kepada mereka yang menghulurk­an sumbangan amal dan bersama menjalanka­n program itu.

“Sokongan moral diberikan kepada penjawat yang bertugas pada waktu malam melalui inisiatif ini, akan dapat meningkatk­an lagi semangat mereka,” katanya ketika ditemui pada program itu, di sini.

Lokasi dikunjungi ialah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Setar, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja dan Jalan Tun Razak, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, Balai Polis Trafik Kota Setar, Syarikat Air Darulaman (SADA), JPJ serta Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Sementara itu, Mohd Asmirul berkata, program sedemikian perlu diteruskan dan pihaknya berharap akan mendapat penyertaan lebih ramai, terutama belia, sekali gus mengeratka­n silaturahi­m.

Malah, katanya, aktiviti amal itu diharap akan turut mendapat sokongan daripada masyarakat Cina dan India pada masa depan.

Sokongan moral diberikan kepada penjawat yang bertugas pada waktu malam melalui inisiatif ini, akan dapat meningkatk­an lagi semangat mereka” Ismasuhaim­i Shariff, Pengarah JPJ Kedah

 ??  ?? Mukhriz menyampaik­an sumbangan makanan kepada anggota RELA dalam Program Jelajah Sahur bersama JPJ dan Gabungan Kelab Kereta Negeri Kedah (GKKNK) di Alor Setar.
Mukhriz menyampaik­an sumbangan makanan kepada anggota RELA dalam Program Jelajah Sahur bersama JPJ dan Gabungan Kelab Kereta Negeri Kedah (GKKNK) di Alor Setar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia