Berita Harian

Pelajar OKU mangsa pertama kes mercun buatan sendiri

Botol kaca meletup, empat jari tangan kanan hampir putus

- Oleh Mohammad Ishak

Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) menjadi mangsa pertama kes mercun di negeri ini, tahun ini.

Muhammad Ridwan Abdul Rashid, 16, dari Kampung Nail, Kuala Besut, hampir putus empat jari sebelah kanan akibat terkena letupan mercun buatan sendiri.

Masukkan mercun dalam botol kaca

Dalam kejadian kira-kira jam 8.45 malam kelmarin, mangsa sedang memasukkan belerang mercun bola ke dalam botol kaca, sebelum ia meletup menyebabka­n empat jarinya parah.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Besut itu dikatakan bermain mercun di halaman rumah bersama 10 rakannya.

Abang mangsa, Azlan Shah Abdul Rashid, 34, berkata sebelum kejadian mangsa memasukkan belerang menggunaka­n kertas untuk memantapka­n belerang di dalam botol.

Katanya, ketika mangsa cuba menyalakan mercun berkenaan tiba-tiba ia meletup dan mencederak­an tangan kanannya, menyebabka­n empat jari hampir putus.

Beliau berkata, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Besut untuk mendapatka­n rawatan dan kemudian dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan.

Ketua Polis Daerah Besut, Superinten­dan Mohd Zamri Mohd Rowi, ketika dihubungi berkata pihaknya belum menerima laporan berhubung kejadian itu.

Ketika mangsa cuba menyalakan mercun berkenaan tiba-tiba ia meletup dan mencederak­an tangan kanannya ” Azlan Shah Abdul Rashid, Abang mangsa

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia