Berita Harian

UKM, 99 Speedmart jalin kerjasama tawar program sijil

Pelan strategik lahir graduan inovatif, kompetitif

- Oleh Faliq Lajim

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan 99 Speedmart memeterai memorandum persefaham­an (MOU) dalam membangunk­an modul serta menawarkan program sijil pofesional dan pengurusan runcit.

Naib Canselor UKM (Strategi dan Pembanguna­n Korporat), Prof Dr Ishak Yussof, berkata MOU itu selari dengan pelan strategik UKM bagi melahirkan graduan yang inovatif dan kompetitif.

“Kami mahu hasilkan graduan yang sesuai dengan keadaan pasaran yang menyumbang dalam ekonomi negara.

“MOU ini juga dilihat sebagai situasi menang-menang apabila kedua-dua pihak dapat manfaat. 99 Speedmart akan mendapat kelebihan dari segi bekalan graduan yang keluar (untuk bekerja di syarikat itu) dan pada masa sama 99 Speedmart membantu kami berkongsi kepakaran dalam menjalanka­n perniagaan.

“UKM mahu memastikan pelajar menjadi usahawan, namun tidak lebih daripada 10 peratus graduan kami keluar menjadi usahawan walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk melahirkan lebih ramai golongan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis memeterai MOU di antara UKM dan Speedmart 99 di Wisma Speedmart, Jalan Angsa, Taman Berkeley, di sini, semalam.

UKM diwakili Ishak, manakala Speedmart 99 diwakili Pengarahny­a, Lee Thiam Wah dan disaksikan Dekan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM, Profesor Dr Norman Mohd Salleh.

Yang turut hadir, Pengurus Besar Operasi 99 Speedmart, Yong Eng Kwang dan Pengurus Sumber Manusia syarikat berkenaan, Lee Pei Yong.

UKM ada tenaga pakar

Ishak berkata, UKM juga mempunyai tenaga pakar dari segi penyelidik­an dan akademik yang boleh memberi latihan kepada kakitangan 99 Speedmart.

Sementara itu, Thiam Wah berkata, 99 Speedmart juga akan membuka 250 cawangan tahun ini dan memerlukan pengurus serta penolong pengurus yang mempunyai sekurang-kurangnya kelulusan diploma.

“Kami memerlukan sekurangku­rang 500 graduan. Dengan kerjasama ini, kami harap, lebih ramai graduan UKM bekerjasam­a dengan kami pada masa hadapan.

“Tidak semestinya mereka hanya bekerja sebagai pengurus cawangan kerana mereka boleh bertugas di ibu pejabat kami,” katanya.

 ??  ?? Thiam Wah dan Ishak bertukar dokumen di Ibu Pejabat 99 Speedmart, Klang, semalam.
Thiam Wah dan Ishak bertukar dokumen di Ibu Pejabat 99 Speedmart, Klang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia