Berita Harian

Serbuan di rumah guru temui mercun, bunga api RM10,000

-

Jertih: Polis menahan guru lelaki berusia 34 tahun dan merampas pelbagai jenis mercun serta bunga api keseluruha­n bernilai RM10,000 dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Pulau Panjang, dekat sini, pagi semalam.

Serbuan jam 2.30 pagi itu dilakukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut.

Ketua Polis Daerah Besut, Superinten­dan Mohd Zamri Mohd Rowi, berkata pemeriksaa­n dalam premis itu menemui 32 jenis mercun dan bunga api yang diletakkan di dalam sebuah bilik.

Katanya, suspek yang bekerja sebagai guru di sebuah sekolah menengah di daerah itu dipercayai baru saja memperoleh bekalan mercun dan bunga api berkenaan dari negara jiran.

Beliau berkata, serbuan itu adalah yang terbesar di daerah ini tahun ini menjelang sambutan Aidilfitri.

Diperoleh dari orang tengah

“Semua mercun dan bunga api yang dirampas dipercayai diperoleh daripada orang tengah.

“Antara mercun dan bunga api yang dirampas adalah jenis Happy Boom, Papan Bulat, Avion Nocturno, Glow of Sunset, On Fireworks dan mercun bola, dengan nilai rampasan RM10,000,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut.

Mohd Zamri berkata, suspek disahkan tiada sebarang rekod jenayah dan ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Akta Bahan Letupan 1957.

Suspek yang bekerja sebagai guru di sebuah sekolah menengah di daerah itu dipercayai baru saja memperoleh bekalan mercun dan bunga api berkenaan dari negara jiran” Mohd Zamri Mohd Rowi, Ketua Polis Daerah Besut

 ??  ?? Mohd Zamri (kanan) menunjukka­n mercun dan bunga api yang dirampas di sebuah rumah di Kampung Pulau Panjang, Jertih.
Mohd Zamri (kanan) menunjukka­n mercun dan bunga api yang dirampas di sebuah rumah di Kampung Pulau Panjang, Jertih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia