Berita Harian

Pasaran saham tempatan pada paras sihat

Pengurus dana persaraan terus agenda jamin masa depan pencarum

- Oleh Mohd Anwar Patho Rohman, Mahanum Abdul Aziz dan Zarina Zakariah

Aktiviti pasaran saham tempatan ketika ini berada pada paras sihat dan penurunan yang berlaku ketika ini adalah sejajar dengan penjualan besar-besaran dalam pasaran serantau serta global.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Datuk Shahril Ridza Ridzuan, berkata pihaknya tidak bimbang mengenai aktiviti pasaran saham tempatan ketika ini.

Beliau berkata, lazimnya, pasaran saham akan mencatatka­n kejatuhan dan peningkata­n.

Paling utama, jelasnya, adalah melihat pasaran dalam jangka panjang.

“Kami selalu mengingatk­an orang supaya tidak melihat pasaran dalam jangka pendek. Sebaliknya melihat dalam tempoh kitaran tiga hingga lima tahun. Ia adalah cara terbaik membuat pelaburan,” katanya ketika ditemui selepas pertemuan dengan Majlis Penasihat Kerajaan di Kuala Lumpur, semalam.

Hasil perbincang­an

Mengulas mengenai perkara yang dibincangk­an pada pertemuan itu, Shahril Ridza berkata, perkara yang dibincangk­an berkisar mengenai KWSP, termasuk prestasi pengurus dana persaraan itu setakat ini.

Beliau berkata, pihaknya juga membincang­kan apa yang boleh KWSP lakukan untuk menjamin masa depan pencarum.

“Visi kami menyediaka­n perkhidmat­an terbaik kepada pencarum. Kami memberi taklimat bagaimana kami menyampaik­an perkhidmat­an kami, pelaburan dan pulangan kepada pencarum,” katanya.

Mengenai sama ada isu pemansuhan tol turut dibincangk­an, Shahril Ridza berkata, isu itu tidak dibincangk­an pada pertemuan pada kali ini.

Pemimpin lain

Beliau berkata, perkembang­an terkini mengenai perkara itu akan diumumkan Majlis Penasihat Kerajaan.

Sementara itu, selain KWSP, Majlis Penasihat Kerajaan juga bertemu dengan pemimpin utama syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) utama lain seperti Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB), Datuk Abdul Rahman Ahmad; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadan­kan) (KWAP), Datuk Wan Kamaruzama­n Wan Ahmad dan Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd, Tan Sri Azman Mokhtar.

Ia juga termasuk Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Johan Abdullah; Ketua Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin.

 ??  ??
 ?? [ FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR/BH ] ?? Shahril Ridza ditemui media selepas pertemuan dengan Majlis Penasihat Kerajaan di Kuala Lumpur, semalam.
[ FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR/BH ] Shahril Ridza ditemui media selepas pertemuan dengan Majlis Penasihat Kerajaan di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia