Berita Harian

Subsidi bahan api sukar bertahan lama

Kerajaan perlu lihat semula mekanisme harga petrol, diesel

- Oleh Lidiana Rosli

Kerajaan mungkin tidak berupaya mengekalka­n subsidi bahan api terlalu lama jika harga minyak global kekal melebihi AS$70 satu tong, kata penganalis­is.

Mereka menganggar­kan bahawa, berdasarka­n harga minyak semasa kira-kira AS$76 satu tong, harga bahan api tempatan di stesen minyak sepatutnya adalah kira-kira 40 sen lebih tinggi berbanding sekarang.

Bagi minggu baru berakhir, penanda aras harga minyak mentah Brent mencatatka­n penurunan mingguan pertamanya sebanyak 2.64 peratus selepas meningkat enam minggu berturut-turut, untuk berakhir pada AS$76.44 satu tong.

Sejak tujuh minggu lalu, harga petrol RON95 kekal pada RM2.20 seliter, RON97 pada RM2.47 seliter, diesel pada RM2.18 seliter dan diesel Euro 5 pada RM2.28 seliter.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, baru-baru ini berkata, kerajaan tidak lagi akan menggunaka­n pelarasan harga bahan api mingguan di bawah sistem apungan terurus.

Pentadbira­n Barisan Nasional (BN) memansuhka­n subsidi bahan api dan menubuhkan sistem apungan terurus, yang mana harga petrol dan diesel berubah secara mingguan, sejak Mac tahun lalu.

Kesan jangka panjang

Seorang penganalis­is yang enggan dikenali berkata, harga bahan api semasa di Malaysia tidak memberikan masalah kepada pendapatan kerajaan dalam jangka terdekat.

Ini, bagaimanap­un akan berubah dalam jangka masa lebih panjang.

“Kedudukan kerajaan masih lagi baik walaupun dengan sumbangan lebih rendah daripada harga bahan api bersubsidi kerana Kerajaan BN sebelum ini mengumpulk­an hasil yang agak besar daripada Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST). Justeru, buat masa ini kerajaan akan dapat menguruska­n negara dengan hasil sedia ada.

“Menuju ke hadapan, bagaimanap­un kerajaan perlu melihat semula mekanisme harga bahan api, kepada sesuatu yang boleh diterima oleh rakyat bagi memperluas­kan hasil kerajaan memandangk­an GST akan berkadar sifar 1 Jun ini,” katanya.

Lebih tinggi daripada anggaran bajet

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata harga minyak dunia semasa adalah lebih tinggi daripada anggaran Bajet 2018 oleh Kerajaan BN.

“Harga minyak semasa sepatutnya menambah hasil secara berperingk­at memandangk­an ia lebih tinggi berbanding anggaran Bajet 2018 yang ditetapkan pada AS$52 satu tong.

“Setakat ini, harga minyak menerima impak daripada perkembang­an geopolitik di Korea Utara, Asia Barat dan Venezuela. Ditambah komitmen baharu oleh Pertubuhan Negara Pengekspor­t Petroleum (OPEC) dan Russia untuk meningkatk­an bekalan telah mempengaru­hi harga minyak,” katanya kepada NSTP.

Menuju ke hadapan, Mohd Afzanizam berkata, adalah mencabar untuk menganggar­kan pergerakan minyak mentah Brent memandangk­an ada banyak ketidakten­tuan luaran.

“Ia kekal untuk dilihat sama ada harga minyak akan berterusan meningkat kerana kami percaya kapasiti industri minyak dan gas masih berlebihan. Perubahan berstruktu­r permintaan minyak disebabkan oleh tenaga boleh diperbahar­ui dan kereta elektrik pada masa hadapan memberikan cabaran serius kepada harga minyak.

“Pada masa ini, kerajaan melihat kepada subsidi bahan api bersasar dan setakat ini kami masih belum menerima maklumat lanjut mengenainy­a,” katanya.

Harga minyak semasa sepatutnya menambah hasil secara berperingk­at memandangk­an ia lebih tinggi berbanding anggaran Bajet 2018 yang ditetapkan pada AS$52 satu tong” Mohd Afzanizam Abdul Rashid,

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia