Berita Harian

Kembali raih untung suku pertama

Keuntungan bersih suku pertama meningkat

- Oleh Syarifah Dayana Syed Bakri dayana@nstp.com.my

FGV Holdings Bhd (FGV) mencatatka­n keuntungan sebelum cukai sebanyak RM26.22 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac lalu, selepas berdepan kerugian RM32.26 juta yang direkodkan pada tempoh sama tahun sebelumnya.

Prestasi memberangs­angkan itu disokong peningkata­n produktivi­ti dan sumbangan lebih baik daripada sektor gula dan logistik & perniagaan sokongan (LSB).

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Zakaria Arshad, berkata keuntungan bersih FGV meningkat kepada RM8.47 juta pada suku pertama tahun ini, berbanding kerugian sebanyak RM32.20 juta yang dicatatkan pada tempoh sama 2017.

“Sektor gula mencatatka­n keuntungan sebanyak RM22.01 juta pada suku pertama 2018, berbanding kerugian sebanyak RM23.16 juta dalam tempoh sama tahun sebelumnya.

“Ia sebahagian besar disumbangk­an kos bahan mentah yang lebih rendah, kadar tukaran asing yang menggalakk­an serta penurunan perbelanja­an pentadbira­n sebanyak 33 peratus berbanding suku sama tahun lalu,“katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

Terus tingkat produktivi­ti

Menurutnya, sektor LSB mencatatka­n keuntungan sebanyak RM25.36 juta pada suku pertama 2018, berbanding kerugian sebanyak RM39.50 juta pada suku tahunan sebelumnya susulan peningkata­n lebih tinggi dalam perniagaan pukal dan peningkata­n jumlah pengangkut­an yang dibawa operasi pengangkut­an Kumpulan.

“Bagaimanap­un, sektor perladanga­n mencatatka­n sedikit penurunan sebanyak 61.4 peratus kepada RM18.29 juta, disebabkan harga purata Minyak Sawit Mentah (MSM) lebih rendah, iaitu sekitar RM2,472 satu tan berbanding RM3,061 satu tan pada suku pertama 2017,” katanya.

Zakaria berkata, pihaknya berbesar hati dengan penambahba­ikkan operasi yang dicatatkan.

“Tumpuan yang diberikan kepada penambahba­ikkan operasi untuk meningkatk­an produktivi­ti sudah membuahkan hasil.

“Kami akan terus mendorong peningkata­n produktivi­ti dan kecekapan kos dalam setiap sektor dan berharap untuk melihat trend peningkata­n ini akan berterusan,“katanya.

Katanya, FGV sudah mengambil pekerja yang mencukupi untuk memenuhi keperluan selain melaksanak­an tanam semula secara agresif untuk memperbaik­i profil usia pokok.

“Masih banyak yang perlu dilakukan. Kami akan lebih fokus untuk menyampaik­an hasil yang lebih baik,” katanya.

 ??  ??
 ?? [ FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI ?? Prestasi memberangs­angkan suku pertama 2018 FGV disokong peningkata­n produktivi­ti dan sumbangan lebih baik daripada sektor gula dan logistik dan perniagaan sokongan.
[ FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI Prestasi memberangs­angkan suku pertama 2018 FGV disokong peningkata­n produktivi­ti dan sumbangan lebih baik daripada sektor gula dan logistik dan perniagaan sokongan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia