Berita Harian

Keuntungan kasar meningkat 13.7 peratus

Raih laba suku pertama RM2.56 bilion

- Oleh Nora Mahpar noramahpar@nstp.com.my

Kumpulan bank keempat terbesar Asia Tenggara, Maybank mencatatka­n peningkata­n keuntungan sebelum cukai (PBT) sebanyak 13.7 peratus kepada RM2.56 bilion bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2018, berbanding RM2.25 bilion tahun sebelumnya.

Prestasi cemerlang itu didorong oleh peningkata­n pendapatan berasaskan fi dan dana yang lebih tinggi serta kerugian rosot nilai yang lebih rendah, manakala keuntungan bersih meningkat 9.9 peratus kepada RM1.87 bilion berbanding RM1.70 bilion pada tempoh sama tahun sebelumnya.

Operasi Maybank Malaysia mencatatka­n pertumbuha­n pinjaman yang kukuh sebanyak 6.7 peratus tahun ke tahun untuk suku pertama, sementara operasi Singapura dan Indonesia juga merekodkan peningkata­n yang sihat, masing-masing berkembang sebanyak 5.5 peratus dan 2.9 peratus.

Pada peringkat kumpulan, pinjaman berkembang sebanyak 1.5 peratus tahun ke tahun.

Sementara itu, deposit kasar melonjak 11.5 peratus dalam operasi kumpulan di Malaysia, diikuti oleh Singapura dan Indonesia, masing-masing berkembang sebanyak 3.6 peratus dan 2.6 peratus.

Pada peringkat kumpulan, deposit meningkat 4.7 peratus tahun ke tahun kepada RM532.1 bilion.

Strategi berjaya

Pengerusi Kumpulan Maybank, Datuk Mohaiyani Shamsudin, berkata meskipun dilanda ketidakten­tuan geopolitik global, suku pertama yang menggalakk­an itu membuktika­n strateginy­a berjaya, termasuk disiplin dalam sebut harga serta tumpuan terhadap perancanga­n perniagaan.

Katanya, walaupun berlaku situasi tidak menentu dalam persekitar­an operasi, kumpulan sentiasa optimis dengan masa depan yang positif di rantau ini, terutama di pasaran utamanya.

“Secara khusus, kami menanti dasar-dasar yang dijangka diperkenal­kan oleh kerajaan baharu dapat memacu pelaburan sektor swasta dan meningkatk­an keyakinan pengguna,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

Kumpulan Maybank turut merekodkan pendapatan operasi bersih berjumlah RM5.83 bilion pada suku dikaji, iaitu meningkat sebanyak 5.4 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Matlamat kumpulan

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Abdul Farid Alias, berkata matlamat kumpulan adalah untuk mempercepa­tkan momentum pertumbuha­n dan meningkatk­an pemacu pendapatan.

Menurutnya, ia penting bagi memastikan syarikat terus mengekalka­n kecairan serta modal yang kukuh untuk mengawal sebarang risiko yang mungkin muncul daripada pertukaran persekitar­an operasi.

“Kumpulan juga akan terus mengawal kos, kualiti aset dan sebut harga dengan rapi serta memacu agenda digital dalam memastikan syarikat mampu mencipta nilai daripada kemajuan teknologi di pasaran,” katanya.

Walaupun berlaku situasi tidak menentu dalam persekitar­an operasi, kumpulan sentiasa optimis dengan masadepany­ang positif di rantau ini, terutama di pasaran utamanya” Mohaiyani Shamsudin, Pengerusi Kumpulan Maybank

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia