Berita Harian

MAVCOM unjur industri penerbanga­n terus berkembang

-

Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysia (MAVCOM) optimis prestasi industri penerbanga­n akan kekal positif dengan jangkaan pertumbuha­n trafik meningkat daripada 6.5 peratus kepada tujuh peratus tahun ini.

Ia juga menjangkak­an jumlah penumpang penerbanga­n di Malaysia bakal melebihi 100 juta buat kali pertama pada tahun ini kepada antara 105.6 juta hingga 106.1 juta penumpang, berbanding 99.1 juta penumpang antarabang­sa dan domestik pada tahun lalu.

Pengerusi Eksekutif, Tan Sri Abdullah Ahmad, berkata secara keseluruha­n industri penerbanga­n berada pada kedudukan baik untuk mengekalka­n pertumbuha­n meskipun akan berdepan pelbagai cabaran seperti keuntungan operasi yang semakin mengecil dan kenaikan harga minyak.

Menurutnya, harga minyak mentah dijangka meningkat di antara 10.7 peratus hingga 30.5 peratus pada tahun ini berbanding tahun lalu berdasarka­n unjuran agensi antarabang­sa, termasuk Persatuan Pengangkut­an Udara Antarabang­sa (IATA).

“Ini mungkin akan memberi tekanan ke atas keuntungan syarikat penerbanga­n yang sedia sensitif terhadap persekitar­an penerbanga­n tambang murah yang kompetitif,” katanya dalam kenyataan dipetik melalui laporan Waypoint, semalam.

MAVCOM menerbitka­n Way point, iaitu laporan industri dwitahunan yang pertama bagi 2018, yang juga sebahagian daripada komitmen suruhanjay­a itu untuk memupuk pemahaman yang lebih menyeluruh mengenai industri penerbanga­n di Malaysia.

Modal pasaran melonjak

Mengulas lanjut, Abdullah berkata, tempoh dua tahun lalu adalah kukuh bagi industri penerbanga­n dan boleh dilihat melalui pertumbuha­n trafik penumpang penerbanga­n, keuntungan operasi industri dan modal pasaran syarikat penerbanga­n awam tersenarai di Bursa Malaysia, terutama jika dibandingk­an dengan tempoh terdahulu yang terdekat.

“Cabarancab­aran ini akan terus kekal, namun kami masih optimistik bahawa prestasi industri positif seperti tahun sebelumnya akan berterusan pada tahun ini,” katanya.

Laporan Waypoint menunjukka­n syarikat penerbanga­n Malaysia meningkatk­an kadar pertumbuha­n Perolehan Tempat Duduk Kilometer Tersedia (RASK) melebihi kadar pertumbuha­n Kos Tempat Duduk Kilometer Tersedia (CASK) yang membolehka­n pengecilan jurang negatif antara RASK dan CASK sebanyak 42.5 peratus pada 2017 berbanding tahun sebelumnya.

Modal pasaran syarikat penerbanga­n juga meningkat 38.4 peratus kepada RM25.6 bilion dari RM18.5 bilion pada awal Pengerusi Eksekutif MAVCOM 2014 sehingga akhir Disember lalu mengatasi prestasi FTSE Bursa Malaysia KLCI sebanyak 50.5 peratus di antara 2014 dan 2017.

Margin untung operasi

Pada tahun lalu, rangkaian udara Malaysia bertambah baik dengan pertambaha­n lapan destinasi antarabang­sa dengan anggaran tempat duduk sebanyak 360,000 di mana rantau Asia akan terus menjadi fokus utama bagi pembanguna­n rangkaian udara Malaysia berdasarka­n fakta 59.8 peratus hak trafik udara yang diberikan oleh MAVCOM kepada syarikat penerbanga­n Malaysia pada tahun lalu adalah untuk laluan ke ASEAN, China dan India.

Secara keseluruha­nnya, pengendali perkhidmat­an komersial yang tidak berjadual melaporkan peningkata­n margin keuntungan operasi sebanyak 16.7 peratus pada tahun lalu berbanding 10.4 peratus pada 2016.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia