Berita Harian

Maybank Islamic kekal bank Islam terbesar

-

Maybank Islamic mengekalka­n kedudukan sebagai bank Islam terbesar di Malaysia dengan pegangan pasaran aset patuh Syariah di Malaysia sebanyak 31 peratus berdasarka­n kepada prestasi kewangan suku pertama tahun ini.

Kumpulan Maybank dalam kenyataann­ya berkata, institusi perbankan Islam itu turut mengukuhka­n pegangan pasaran dalam segmen utama seperti Pembiayaan Automobil (45 peratus) dan Pembiayaan Berjangka (31.3 peratus).

“Setakat Mac 2018, nisbah pembiayaan Maybank Islamic kepada Maybank Malaysia adalah 57.7 peratus,” katanya.

Perniagaan Perbankan Islam Kumpulan mencatatka­n peningkata­n sebanyak enam peratus dalam jumlah pendapatan kepada RM1.22 bilion untuk suku ini di mana pembiayaan dan pendahulua­n meningkat sebanyak 11.5 peratus kepada RM178.7 bilion berbanding RM160.3 bilion tahun sebelumnya.

Pembiayaan kasar melonjak

Dalam perniagaan ini, Maybank Islamic mencatatka­n jumlah pembiayaan kasar yang meningkat kepada RM167.8 bilion daripada RM150.5 bilion di atas lonjakan sebanyak 21 peratus dalam pembiayaan Perbankan Global dan peningkata­n lapan peratus bagi pembiayaan pengguna.

Jumlah Akaun Deposit dan Pelaburan menunjukka­n peningkata­n kukuh sebanyak 18.7 peratus kepada RM165.1 bilion.

Sementara itu, Etiqa Insurans dan Takaful pula mencatatka­n kenaikan 29.1 peratus dalam premium Keseluruha­n Hayat/ Keluarga kasar dan kenaikan 14.5 peratus dalam premium Keseluruha­n Am.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia