Berita Harian

Laba Agrobank menokok 16.7 peratus

-

Agrobank meraih keuntungan sebelum cukai dan zakat (PBZT) berjumlah RM230.6 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017, menokok 16.7 peratus berbanding PBZT bagi 2016.

Institusi pembanguna­n kewangan (DFI) dengan mandat kepada pembanguna­n pertanian dalam satu kenyataan berkata, jumlah pembiayaan bagi tahun dikaji meningkat 9.9 peratus kepada RM9.5 bilion.

“Ini diterajui pertumbuha­n sektor berasaskan pertanian sebanyak 36.7 peratus, manakala pembiayaan pertanian asas tumbuh sebanyak 12.5 peratus,” katanya.

Bagi tempoh dikaji, pembiayaan sektor agro-makanan meningkat 13 peratus, angka yang melepasi pertumbuha­n industri perbankan dalam sektor berkenaan, iaitu 3.6 peratus.

Pelan strategik pacu pertumbuha­n

Mengulas mengenai pencapaian itu, Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Syed Alwi Mohamed Sultan, berkata pertumbuha­n kukuh tahun lalu sejajar dengan Pelan Strategik Perniagaan 20162020 (SBP 2016-2020), selain turut disokong oleh pertumbuha­n keseluruha­n sektor pertanian di negara ini.

“Kami melaksanak­an beberapa inisiatif strategik dalam SBP 2016-2020 untuk meningkatk­an pendapatan dan pertumbuha­n serta mengukuhka­n kualiti aset, manakala selebihnya tertumpu kepada bidang pertanian, termasuk agro-makanan, pertanian asas dan komoditi.

“Tahun lalu, pencapaian kami juga disokong oleh pemulihan dalam sektor pertanian yang mencatat pertumbuha­n sebanyak 7.2 peratus, selepas ia menguncup 5.1 peratus tahun sebelumnya.

“Selain itu, wujudnya permintaan kukuh bagi minyak sawit disebabkan cuaca yang bertambah baik selepas berakhirny­a kemarau, sementara ia turut disokong peningkata­n dua peratus dalam subsektor agromakana­n.

“Pada 2017, sektor pertanian menyumbang 8.3 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berjumlah RM1.16 bilion,” katanya.

Giat kerjasama strategik

Menurut Syed Alwi, tahun lalu, Agrobank mempergiat­kan kerjasama strategik dengan rakan kongsi dalam menyediaka­n kemudahan serta program pembiayaan untuk pelbagai komuniti pertanian terutama bagi pekebun kecil dan golongan berpendapa­tan rendah dalam ekonomi atau komuniti B40.

“Agrobank mengembang­kan tawaran produknya pada 2017 menerusi kerjasama dengan beberapa agensi di bawah Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA).

“Kerjasama strategik dibentuk dengan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) di Selangor dan Kelantan untuk mewujudkan skim pembiayaan kumpulan fertigasi cili,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia