Berita Harian

Lebih 300 pencatur sertai Karnival Catur Segambut

- Oleh Maria Uffa Zulkafeli

l

Sambutan luar biasa membabitka­n penyertaan lebih 300 pencatur dari seluruh negara berjaya memeriahka­n Karnival Catur Segambut 2018, barubaru ini.

Pertanding­an yang berlangsun­g di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Segambut itu adalah kali pertama dianjurkan Kelab Guru SMK Segambut dengan kerjasama Kelab Catur sekolah berkenaan.

Naib Pengerusi Kelab Guru SMK Segambut, Puan Wong Yen Lee, berkata karnival itu menerima penyertaan dari seluruh negara termasuk Selangor, Perak, Melaka, Negeri Sembilan dan beberapa sekolah antarabang­sa dari sekitar Kuala Lumpur.

Katanya, lebih menarik, pertanding­an itu bukan sahaja mendapat penyertaan daripada pelajar sekolah rendah dan menengah, malah kategori terbuka menerima penyertaan membabitka­n pencatur yang berusia lebih 40 tahun.

“Penganjura­n karnival yang julung kali diadakan itu bertujuan untuk menambah dana Kelab Guru dan tabung Kelab Catur sekolah kami,” kata- nya kepada

Puan Yen Lee berkata, selain daripada usaha menambah dana, penganjura­n pertanding­an itu juga untuk menanam minat bermain catur dalam kalangan masyarakat terutama pelajar di sekolah berkenaan.

Katanya, pihaknya menganjurk­an karnival berkenaank­eranayakin­permainan catur dapat membantu meningkatk­an fokus pelajar, sekali gus mampu menjadi platform untuk membentuk generasi muda yang lebih berkeyakin­an dan berdaya saing.

“Sukan ini juga dapat membantu pelajar meningkatk­an keyakinan diri dan lebih inovatif dalam menyelesai­kan masalah, sekali gus positif untuk berdepan pelbagai cabaran hidup,” katanya.

Beliau berkata, selain itu, sukan berkenaan turut sesuai disertai masyarakat membabitka­n pelbagai peringkat umur dan secara tidak langsung dapat mengeratka­n hubungan silaturahi­m antara semua pencatur.

“Malah, pertanding­an seumpama ini mampu mencungkil banyak bakat baharu dalam sukan berkenaan, sekali gus dapat memperkena­lkan kelab catur sekolah ini kepada umum.

“Saya berharap sambutan yang memberangs­angkan ini akan mendorong pihak penganjur meneruskan pertanding­an yang sama pada masa hadapan,” katanya. Sebanyak Sebanyak Puan Roslina Che Omar Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Bukit, Kajang, Selangor.

 ??  ?? Replika catur gergasi dipamerkan pada Karnival Catur Segambut 2018. BH Minda. Peserta fokus ketika pertanding­an berlangsun­g dijalankan. Antara peserta yang menyertai Karnival Catur Segambut 2018. Pemenang bergambar kenangan pada Karnival Catur Segambut...
Replika catur gergasi dipamerkan pada Karnival Catur Segambut 2018. BH Minda. Peserta fokus ketika pertanding­an berlangsun­g dijalankan. Antara peserta yang menyertai Karnival Catur Segambut 2018. Pemenang bergambar kenangan pada Karnival Catur Segambut...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia