Berita Harian

Bintang Sains Petrosains lawat Beijing

- Oleh Nas Norziela Nasbah

l

Petrosains petition 2018 menawarkan hadiah wang tunai sehingga RM600,000 bagi pelajar sekolah menengah seluruh negara.

Pertanding­an inisiatif Petrosains itu mendapat kerjasama penuh daripada Bahagian Kokurikulu­m dan Kesenian, Kementeria­n Pendidikan (KPM) serta Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) sebagai rakan kerjasama dan penaja kewangan.

Ketua Pegawai Eksekutif, Petrosains Sdn Bhd, Yang Mulia Tengku Nasariah Tengku Syed Ibrahim, berkata 10 penyertaan terbaik yang disenaraip­endekkan akan bertanding di peringkat negeri masing-masing.

“Lapan pemenang dari setiap negeri akan meneruskan perjuangan ke peringkat akhir yang akan berlangsun­g pada Oktober nanti.

“Pemenang pertanding­an ini berpeluang untuk memenangi pingat dan wang tunai berjumlah lebih RM40,000 serta hadiah utama, iaitu lawatan dan perbelanja­an ditanggung sepenuhnya untuk empat orang ke China

Technology Museum di Beijing, China bernilai RM30,000,” katanya.

Selain hadiah utama, sekolah yang menghantar penyertaan tertinggi juga akan memenangi anugerah wang tunai berjumlah RM5,000.

Guru dan pelajar dijemput untuk menyertai Petrosains Science

dengan menghantar penyertaan sebelum tarikh tutup pada 31 Mei ini.

Borang penyertaan boleh didapati dari laman web http://www. petrosains.com.my/science-showcompet­ition/.

 ??  ?? Science Show ComScience and
Science Show ComScience and

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia