Berita Harian

MBSB raih laba RM316.79 juta

Pendapatan, keuntungan sebelum cukai melonjak

- Oleh Sofyan Rizal Ishak sofyan.rizal@nstp.com.my

Malaysia Building Society Bhd (MBSB) mencatatka­n keuntungan bersih RM316.79 juta juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2018, berbanding RM101.32 juta dalam suku sama tahun lalu.

Pendapatan­nya dalam tempoh dikaji juga meningkat kepada RM815.04 juta berbanding RM811.20 juta tahun lalu, manakala keuntungan sebelum cukainya meningkat sebanyak 212.65 peratus.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulanny­a, Datuk Seri Ahmad Zaini Othman, berkata peningkata­n itu adalah berdasarka­n kepada jangkaan kumpulan berikutan pelaksanaa­n program rosot nilai yang diselesaik­an dalam suku terakhir tahun lalu.

“Keputusan lebih baik ini sebahagian­nya disebabkan kirakira rekod sebanyak RM154 juta ke atas elaun bagi kerugian rosot nilai aset pembiayaan dan diikuti dengan pelaksanaa­n Standard Laporan Kewangan Malaysia (MFRS 9) berkuatkua­sa pada 1 Januari lalu yang menunjukka­n kami sudah melaksanak­an program rosot nilai yang sangat berhemat,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

Terus bina keupayaan

Sementara itu, MBSB akan terus membina keupayaan MBSB Bank berikutan pelaksanaa­n korporat dan menyusun semula perniagaan, dasar dan operasi kumpulan serta terus membuat pelaburan menaik taraf dan meningkatk­an infrastruk­tur teknologi maklumat dan saluran penghantar­an.

“Sebagai kumpulan perbankan Islam baru dalam industri ini, kami berharap dapat memperluas­kan produk dan perkhidmat­an, termasuk kewangan perdaganga­n, pengurusan kekayaan dan perbankan internet serta mudah alih untuk memenuhi pelbagai segmen pelanggan dan pendeposit kami,” katanya.

Sebelum ini, MBSB menyelesai­kan pengambila­lihan MBSB Bank Bhd yang dahulunya dikenali sebagai Asia Finance Bank Bhd pada 7 Februari lalu, seterusnya menjadikan MBSB sebagai syarikat pemegangan kewangan.

Sebagai kumpulan perbankan Islam baru dalam industri ini, kami berharap dapat memperluas­kan produk dan perkhidmat­an, termasuk kewangan perdaganga­n, pengurusan kekayaan dan perbankan internet” Ahmad Zaini Othman, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBSB

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia