Berita Harian

MMC catat keuntungan kasar RM64J

-

MMC Corporatio­n Bhd (MMC), kumpulan utiliti dan infrastruk­tur merekodkan keuntungan sebelum cukai dan zakat (PBZT) RM64 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2018 berbanding RM93 juta pada suku sama tahun sebelumnya.

Ia disebabkan sumbangan lebih rendah daripada operasi Kemudahan Pemunggaha­n Barang RAPID di Johor Port Bhd (JPB) apabila projek itu hampir disiapkan dan jumlah kontena lebih rendah dikendalik­an di Northport Malaysia Bhd (Northport) disebabkan oleh peralihan pakatan perkapalan global.

Selain itu, ia juga disebabkan penguasaan keuntungan lebih rendah daripada Malakoff Corporatio­n Bhd (Malakoff) disumbangk­an oleh sumbangan lebih rendah loji Segari Energy Venture dan margin bahan api lebih rendah direkodkan di loji arang batu.

MMC merekodkan pendapatan RM1.28 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2018, meningkat 38.3 peratus daripada RM925 juta yang direkodkan pada suku sama tahun sebelumnya.

Ia hasil daripada kemajuan kerja daripada projek Aliran Transit Massa Lembang Klang Sungai Bulohserda­ngputrajay­a (KVMRTSSP) dan projek Rawatan Pembetunga­n Langat, selain jumlah lebih tinggi dikendaika­n di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP).

Sumbangan perniagaan kejurutera­an

Perniagaan pelabuhan dan logistik merekodkan pendapatan RM655 juta berbanding RM713 juta dan PBZT RM67 juta daripada RM124 juta yang dilaporkan pada suku sama tahun sebelumnya.

Bagaimanap­un, ia diimbangi oleh jumlah lebih tinggi dikendalik­an di PTP dan penguasaan keuntungan daripada Penang Port Sdn Bhd (PPSB).

Unit tenaga dan utiliti mencatatka­n PBZT RM38 juta berbanding RM49 juta pada suku sama tahun sebelumnya disebabkan keuntungan lebih rendah daripada Malakoff.

Perniagaan kejurutera­an pula merekodkan kenaikan pendapatan RM604 juta, berbanding RM194 juta sebelumnya. PBZT unit perniagaan ini meningkat kepada RM74 juta berbanding RM26 juta suku sama tahun lalu.

Unit perniagaan lain pula mencatatka­n pendapatan RM21 juta berbanding RM19 juta sebelumnya, disebabkan oleh kenaikan jumlah penumpang di Lapangan Terbang Antarabang­sa Senai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia