Berita Harian

Untung suku pertama MAHB menokok

- BERNAMA

Keuntungan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2018 melonjak kepada RM444.6 juta berbanding RM65.29 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Perolehan bagi suku tahun dikaji turut meningkat sebanyak 11.2 peratus kepada RM1.22 bilion berbanding RM1.09 bilion sebelum ini.

“Operasi lapangan terbang mencatatka­n pertumbuha­n perolehan sebanyak 12.2 peratus kepada RM1.14 bilion, didorong oleh segmen aeronautik dan bukan aeronautik dan ini termasuk perolehan pembinaan sebanyak RM25.8 juta daripada operasi di Turki.

“Disokong oleh pertumbuha­n penumpang yang kukuh, segmen aeronautik berkembang sebanyak 11.7 peratus kepada RM588.4 juta berbanding suku tahun sama tahun lalu,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia, semalam.

Operasi di Malaysia mencatatka­n pertumbuha­n penumpang sebanyak 3.4 peratus (antarabang­sa naik 10.2 peratus manakala domestik susut 3.4 peratus) kepada 24.4 juta penumpang berbanding suku tahun sama tahun lalu sebanyak 23.6 juta penumpang.

Pertumbuha­n trafik penumpang antarabang­sa disumbangk­an oleh empat lapangan terbang antarabang­sa serantau yang mencatatka­n prestasi yang amat baik pada Mac 2018.

Operasi bukan lapangan terbang merosot

Mengenai operasinya di Turki, MAHB berkata, trafik penumpang bagi operasi di Turki naik 18.2 peratus kepada 7.8 juta penumpang berbanding suku tahun sama tahun lalu sebanyak 6.6 juta penumpang.

Trafik antarabang­sa dan domestik, masingmasi­ng meningkat sebanyak 19.0 peratus dan 17.8 peratus.

Segmen bukan aeronautik turut mencatatka­n pertumbuha­n perolehan yang hampir sama kukuh sebanyak 7.6 peratus kepada RM528.9 juta, didorong oleh jualan yang kukuh dicatatkan daripada syarikat konsesi dan peruncit.

Bagaimanap­un, opera si bukan lapangan terbang merosot sedikit sebanyak 2.8 peratus atau RM2.1 juta disebabkan perolehan yang lebih rendah daripada perniagaan pertanian susulan penurunan harga tandan buah segar dan kos penyenggar­aan yang lebih rendah.

Secara keseluruha­nnya, operasi di Malaysia mencatatka­n perolehan sebanyak RM908.3 juta dengan pertumbuha­n 8.8 peratus, operasi di Turki mencatatka­n pertumbuha­n perolehan sebanyak 22.3 peratus kepada RM272.7 juta manakala operasi di Qatar mencatatka­n sedikit penurunan dari segi perolehan, iaitu sebanyak 1.1 peratus kepada RM34.8 juta.

 ?? [ FOTO HIASAN ] ??
[ FOTO HIASAN ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia