Berita Harian

IHH Healthcare yakin peroleh 34 peratus kepentinga­n Fortis

Syarikat lanjut tawaran semakan kepada 30 Jun

- Oleh Nora Mahpar

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Dr Tan See Leng, berkata perkembang­an itu bergantung kepada fasa kedua pelaburann­ya, tertakluk kepada rundingan wajar.

“Hasil perbincang­an dengan pemegang saham minoriti Fortis, mereka tidak mahu keluar. Ada di antara mereka adalah pemegang saham IHH Healthcare dan mereka mahu terus bersama kami,” katanya sempena Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) syarikat di Kuala Lumpur, semalam.

See Leng berkata, syarikat menjangkak­an keputusan mesyuarat lembaga pengarah baharu Fortis dibuat pada 30 Mei ini dan berharap pihaknya mampu mengadakan rundingan bersama syarikat itu.

Tiga pengarah Fortis meninggalk­an syarikat itu dan seorang lagi digulingka­n oleh pemegang saham minggu lalu selepas mereka mengundi untuk memihak kepada tawaran Pejabat Pelaburan Wira Enterprise Sunil Munjal dan Pejabat Burman Family untuk melabur 18 bilion India rupees (RM1.06 bilion), dengan Fortis dianggarka­n bernilai 90 bilion India Rupees (RM5.31 bilion).

Pelan 100 hari

Pembida lain untuk mengambila­lih hospital swasta itu termasuk pesaingnya, Manipal Healthcare Enterprise­s Pvt Ltd, TPG Capital dan syarikat China, Fosun.

IHH Healthcare membida Fortis pada nilai 175 India rupees sesaham dan penyerapan ekuiti berikutnya pada harga sesaham tidak melebihi 175 India rupees.

Dengan mengandaik­an tawaran kumpulan itu terhadap Fortis berjaya, See Leng berkata, beliau menjangkak­an 12 hingga 15 bulan tempoh yang agak sukar, yang mana IHH Healthcare mempunyai pelan 100 hari untuk diperhalus­i terhadap operasi Fortis.

Terdahulu, IHH Healthcare melanjutka­n tawaran semakannya kepada 30 Jun berbanding 29 Mei lalu.

Lanjutan itu memberi peluang kepada lembaga pengarah baharu Fortis untuk menilai semula dan menimbang semula tawaran kumpulan itu.

Mengulas mengenai industri pelanconga­n kesihatan yang berkembang pesat di negara ini, beliau berkata, Malaysia memiliki ekosistem yang menarik, selain kadar caj perkhidmat­an di hospital premium yang kompetitif berbanding negara lain seperti Singapura, Turki dan India.

See Leng berkata, daripada empat negara yang dikuasainy­a, pasaran kesihatan Malaysia mencatatka­n kadar caj paling rendah dengan purata hanya kira-kira RM6,000 untuk seorang pesakit.

“Berbeza dengan India, kadar caj perkhidmat­an adalah 15 peratus lebih tinggi, sementara di Turki melebihi RM8,000 manakala Singapura kira-kira RM29,000 seorang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia