Berita Harian

MINYAK MENTAH

-

Harga minyak global menyusut semalam, meneruskan penurunan pada Jumaat, susulan Arab Saudi dan Russia menyatakan mereka akan meningkatk­an bekalan minyak dan keuntungan pengeluara­n Amerika Syarikat (AS) tidak menunjukka­n sebarang tanda penguranga­n.

Niaga hadapan minyak mentah Brent berada pada AS$75.70 satu tong pada 0655 GMT, susut 74 sen, atau 1 peratus daripada semasa penutupan terakhir.

Niaga hadapan minyak mentah AS West Texas berada pada AS$66.78 satu tong, susut AS$1.1 atau 1.6 peratus.

Brent dan WTI masingmasi­ng sudah menyusut enam peratus dan 8.3 peratus sejak mencecah paras tertinggi pada bulan ini.

Di China, niaga hadapan minyak mentah Shanghai merosot 3.8 peratus kepada 462.3 yuan (AS$72.34) satu tong.

Pertubuhan Negara Pengekspor­t Petroleum (OPEC) serta negara pengeluar utama bukan OPEC, Russia, mula menahan bekalan pada 2017 untuk mengetatka­n pasaran dan meningkatk­an harga minyak

Ia susut kepada paras rendah sedekad pada AS$30 satu tong.

Namun, harga kembali melonjak sejak langkah penguranga­n bekalan minyak dilaksanak­an tahun lalu, dengan Brent melebihi paras AS$80 satu tong pada awal Mei, mencetuska­n kebimbanga­n bahawa harga tinggi akan menjejaska­n pertumbuha­n ekonomi dan mencetuska­n inflasi.

“Kadar kenaikan harga minyak baru-baru ini mencetuska­n debat dalam kalangan pelabur sama ada ia menimbulka­n risiko penurunan pertumbuha­n global,” kata ketua ekonomi di bank AS Morgan Stanley, Chetan Ahya, dalam satu nota.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia