Berita Harian

FBM KLCI susut 21.56 mata

Prestasi rendah bursa sejajar pasaran serantau

-

Bursa Malaysia ditutup rendah semalam sejajar dengan pasaran serantau yang mencatat prestasi rendah, selain pelabur tidak pasti berhubung dasar kerajaan baharu, kata peniaga.

Pada penutup, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 21.56 mata kepada 1,775.84 daripada 1,797.4 ketika ditutup pada Jumaat.

Indeks dibuka rendah 3.95 mata kepada 1,793.45 dan bergerak antara 1,774.4 dan 1,793.54 sepanjang sesi dagangan.

Pensyarah Kanan dan Pengurus Pembanguna­n Perniagaan Putra Business School, Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berpendapa­t dana asing masih menjual ekuiti Malaysia berdasarka­n ketidakpas­tian mengenai dasar kerajaan baharu.

“Ini terutamany­a dengan pendedahan terkini mengenai hutang negara sebanyak RM1 trilion.

“Selain itu, ringgit yang lebih rendah berbanding dolar AS turut memainkan peranan,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi lain, Maybank dan TNB, masing-masing susut 26 sen kepada RM10.00 dan RM14.78, dan Public Bank merosot dua sen kepada RM24.90.

Maxis meningkat empat sen kepada RM5.78, Genting naik 18 sen kepada RM8.88 dan Nestle tidak berubah pada RM147.00.

Antara saham aktif, Sapura Energy susut tujuh sen kepada 62.5 sen, MYEG berkuranga­n setengah sen kepada 76 sen manakala NETX dan Borneo Oil, masing-masing tidak berubah pada tiga sen dan lapan sen.

Suasana pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 600 berbanding 360, dengan 355 kaunter tidak beru- bah, 608 tidak diniagakan dan 55 yang lain digantung.

Jumlah dagangan merosot kepada 2.18 bilion unit, bernilai RM2.28 bilion, daripada 2.20 bilion unit, bernilai RM2.95 bilion pada Jumaat.

Indeks FBM Emas susut 123.41 mata kepada 12,418.29, FBM Ace turun 56.67 mata kepada 5,132.94 dan Indeks FBMT 100 berkuranga­n 123.56 mata kepada 12,225.12.

Indeks FBM Emas Shariah jatuh 164.96 mata kepada 12,444.96 dan FBM 70 merosot 64.3 mata kepada 14,776.32.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan berkuranga­n 143.46 mata kepada 17,736.1, Indeks Perusahaan susut 58.45 mata kepada 3,154.96 manakala Indeks Perladanga­n merosot 0.35 mata kepada 7,843.76.

Jumlah dagangan Pasaran Utama susut kepada 1.29 bilion saham, bernilai RM2.14 bilion, daripada 1.35 bilion saham bernilai RM2.80 bilion pada Jumaat.

Jumlah dagangan waran naik kepada 586.73 juta unit, bernilai RM98.4 juta, daripada 562.02 juta unit bernilai RM116.83 juta pada Jumaat.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 300.51 juta saham, bernilai RM39.19 juta, daripada 280.26 juta saham, bernilai RM34.72 juta, sebelum ini.

Barangan pengguna menyumbang 41.36 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan (225.32 juta), pembinaan (60.92 juta), perdaganga­n dan perkhidmat­an (668.31 juta), teknologi (53.74 juta), infrastruk­tur (42.55 juta), SPAC (887,300), kewangan (80.99 juta), hotel (4.33 juta), hartanah (82.33 juta), perladanga­n (26.59 juta), perlombong­an (56,300), REIT (7.19 juta) dan dana tertutup (2,100).

 ?? [ FOTO HIASAN ] ?? Jumlah dagangan merosot kepada 2.18 bilion unit, bernilai RM2.28 bilion, daripada 2.20 bilion unit, bernilai RM2.95 bilion pada Jumaat.
[ FOTO HIASAN ] Jumlah dagangan merosot kepada 2.18 bilion unit, bernilai RM2.28 bilion, daripada 2.20 bilion unit, bernilai RM2.95 bilion pada Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia