Berita Harian

Petunjuk baru AS lonjak pasaran

-

Saham Asia dan niaga hadapan saham Amerika Syarikat (AS) memperoleh keuntungan berikutan petunjuk bahawa AS dan Korea Utara masih berusaha menjalanka­n persidanga­n antara keduadua negara itu.

Bagaimanap­un, niaga hadapan minyak AS menyusut kepada paras rendah enam minggu semalam berikutan jangkaan negara pengeluar bakal meningkatk­an bekalan.

Harga minyak meneruskan penurunan daripada minggu lalu berikutan jangkaan negara pengeluar akan memperlaha­nkan usaha mengurangk­an bekalan minyak yang kini sedang dijalankan sejak 17 bulan lalu.

Niaga hadapan saham Jerman dan Perancis meningkat 0.4 peratus.

KOSPI Korea Selatan meningkat 0.8 peratus, didorong oleh saham yang memperoleh manfaat daripada pemulihan ketengan politik dengan Pyongyang.

Indeks meluas MSCI saham Asia Pasifik di luar Jepun menokok 0.5 peratus manakala Nikkei Jepun meningkat 0.1 peratus.

Presiden Donald Trump berkata, pada Ahad lalu bahawa sepasukan pegawai AS sudah tiba di Korea Utara untuk membuat persediaan untuk persidanga­n yang dirancang antara beliau dan Kim Jong Un.

Terdahulu, Trump pada minggu lalu menyatakan beliau menarik diri tanpa membuat sebarang persidanga­n.

“Walaupun kita tidak pasti tahap persetujua­n yang dicapai, kedua-dua pihak dilihat mahu meneruskan usaha berkenaan,” kata ketua strategi Mizuho Securities, Nobuhiko Kuramochi.

Walaupun kita tidak pasti tahap persetujua­n yang dicapai, kedua-dua pihak dilihat mahu meneruskan usaha berkenaan” Nobuhiko Kuramochi, Ketua strategi Mizuho Securities

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia