Berita Harian

Tema konsep ala kampung

150 menu nostalgia desa Ramadan di PNB Perdana On The Park

- Oleh Hidayah Mohammad

Abadikan saat indah berbuka puasa dengan menikmati juadah enak seperti air tangan ibu, di PNB Perdana On The Park, Kuala Lumpur.

Memilih tema Nostalgia Desa Ramadan dengan konsep alakampung, PNB Perdana On The Park yang dimiliki sepenuhnya oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) menyediaka­n lebih 150 aneka juadah untuk hidangan iftar.

Bukan saja masakan Melayu tradisiona­l, malah turut menampilka­n kompilasi menu antarabang­sa bagi menepati cita rasa yang pelbagai dalam dua suasana berbeza.

Pelanggan berpeluang menikmati sajian enak sambil menyaksika­n panorama indah berlatar belakang pemandanga­n bandar raya Kuala Lumpur, di The 39 Restoran yang terletak di tingkat 11.

Untuk dekorasi lebih klasik, pelbagai sajian enak juga disajikan di 10 Binjai Restoran yang terletak di tingkat bawah.

Di The 39 Restoran menyediaka­n nasi minyak badam, berlaukkan ayam masak merah, daging salai percik, ikan pari asam pedas, sotong lemak cili padi serta kacang panjang goreng taugeh.

Pelbagai sajian kampung

Bufet Ramadan di Restoran 10 Binjai pula, menyajikan pelbagai rangkaian pilihan masakan kampung lain, antaranya nasi beriani kismis dengan ayam masak beriani, daging rendang, ikan tenggiri masak taucu, kupang sambal bawang dan sayur kubis masak lemak.

‘Live cooking stall’ menyediaka­n sajian seperti me rebus, keow teow, murtabak dan roti jala, selain kambing bakar, ayam golek madu Lembah Pantai dan makanan laut.

Harga promosi awal bufet Ramadan RM100 di 39 Restoran, manakala RM80 (Restoran 10 Binjai) untuk dewasa sehingga 17 Mei ini.

Pakej bufet Ramadan antara RM98 hingga RM123 (dewasa) dan RM49 hingga RM61.50 (kanakkanak).

Untuk pertanyaan hubungi dan 03 74903838 atau layari laman sesawangny­a www.pnbperdana­onthepark.com

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia